KL CHRONICLE: #Al-Fatihah Ketibaan jenazah Mejar Yazmi di PU Subang disambut pilu

Friday, June 16, 2017

#Al-Fatihah Ketibaan jenazah Mejar Yazmi di PU Subang disambut pilu


Suasana sedih menyelubungi pekarangan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini sebaik sahaja jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof tiba.

Jenazah juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 tiba kira-kira pukul 9.30 pagi selepas berlepas daripada pangkalan udara Kuantan menggunakan pesawat Hercules C130 pada pukul 9 pagi.



Kira-kira lebih 100 pegawai dan anggota pelbagai pangkat TUDM termasuk Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharum menyambut ketibaan jenazah untuk diberikan penghormatan terakhir.

Doa dibaca oleh hadirin sebelum jenazah dibawa dengan van jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa untuk pengebumian dengan diiringi kenderaan TUDM dan pasukan keselamatan. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget