KL CHRONICLE: @weekasiongmp mahu MCA menang semula kerusi Gelang Patah #Negaraku #Malaysia

Thursday, May 11, 2017

@weekasiongmp mahu MCA menang semula kerusi Gelang Patah #Negaraku #Malaysia


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menegaskan bahawa MCA akan berusaha bersungguh - sungguh untuk menang kembali kerusi parlimen Gelang Patah yang kini milik pemimpin utama DAP Lim Kit Siang. Ini susulan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor bahawa MCA akan bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

Memetik kata  - kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:
"I have been briefed two or three times by the Gelang Patah MCA division and I am pleased with how they are preparing for the election.
"I will say that the Gelang Patah division is in the top 10 list of MCA divisions in the country and I want them to continue with their work," he said.


Bagi kami di #KLChronicle, pengundi di Gelang Patah wajar memberi peluang kepada MCA untuk berkhidmat untuk rakyat di Gelang Patah. Kesian melihat penduduk Gelang Patah yang telah diabaikan selama hampir 4 tahun oleh Lim Kit Siang yang lebih sibuk bermain politik di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berbanding berkhidmat kepada masyarakat Gelang Patah. 



Malah, anak - anak muda di Gelang Patah juga kecewa dengan prestasi Lim Kit Siang yang tidak ada langsung membawa apa - apa perubahan sejak menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Semua kerja - kerja khidmat masyarakat dilakukan oleh pihak MCA Gelang Patah dengan bantuan parti - parti komponen yang lain. Persoalanya sekarang, walaupun sudah ditipu oleh DAP dan Lim Kit Siang satu kali, adakah penduduk Gelang Patah mahu ditipu buat kali kedua?




Dalam masa yang sama, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Johor kerana terbuka dalam mengembalikan kerusi Gelang Patah kepada MCA selepas ianya dipinjamkan kepada UMNO pada PRU yang lepas. Bagi kami di #KLChronicle, ini juga menunjukkan kematangan politik didalam Barisan Nasional dimana parti komponen tidak bergaduh sesama sendiri berebut kerusi seperti yang dilakukan oleh pihak pembangakng. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget