KL CHRONICLE: @weekasiongmp : Jangan beri PAKATUN peluang untuk berkuasa #Negaraku #Malaysia

Tuesday, May 16, 2017

@weekasiongmp : Jangan beri PAKATUN peluang untuk berkuasa #Negaraku #Malaysia


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Kaa Siong hari ini menyeru masyarakat Cina di negara ini supaya tidak lagi memberi peluang kepada pihak pembangkang berkuasa di negara ini. Ini kerana sejak berkuasa sejak Tahun 2008, pihak pembangkang langsung tidak melakukan apa - apa untuk membangunkan negara malah mereka juga telah menggadaikan prinsip mereka semata  - mata kerana gila dan tamak untuk mendapatkan kuasa. 


Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Ir. Wee Kaa Siong:

Mana ada Pakatan Rakyat lagi. Pakatan Harapan pun tinggal harapan sahaja. Sekarang ada parti paka’Tun’ (sebab) mereka dengar kata Tun Dr Mahathir.

“Kita mesti ada prinsip. Kalau tiada prinsip jangan berpolitik. Dulu dia (Kit Siang) maki macam-macam terhadap Muhyiddin sewaktu Muhyiddin jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekarang mereka sudah berkawan,”

Malah bagi kami di #KLChronicle, pihak pembangkang ini memang "Gone Case" kerana antara mereka juga bergaduh. Contohnya dalam kes skandal rasuah Dato' Adam Rosly, Ketua Pemuda PKR tapi Rafizi Ramli menyalahkan PAS akan kes skandal rasuah ini kerana konon nya Adam Rosly ini merupakan bekas ahli PAS dan oleh yang demikian PAS harus bertanggungjawab.

Kemudian, NGO Pembangkang PERKASA pula membidas PAS sebagai satu parti politik yang dayus kerana masih tergila - gilakan jawatan EXCO Kerajaan Selangor, Memetik kata - kata Ibrahim Ali:

"Secara prinsipnya tiga exco PAS di Selangor patut letak jawatan, itu pandangan saya sebagai ahli politik.

"Jadi, kalau mereka tak letak jawatan itu namanya dayus dan kita boleh tafsir ini kerana mereka mempunyai kepentingan kebendaan, sayang nak lepas jawatan," kata Ibrahim.

Malah, sebentar tadi pemimpin DAP Yeo Bee Yin memanggil PAS sebagai sebuah parti yang tidak tahu bersyukur dengan kuasa yang telah diberikan oleh DAP kepada mereka. Memetik kata  - kata Yeo Bee Yin:

"Selangor PAS an absolute disgrace for staying put as excos"

Persoalanya macam mana parti - politik pembangkang ini ingin mentadbir negara bila parti mereka sendiri pun mereka tidak mampu hendak "control". Ini berbeza dengan apa yang disebut oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Kaa Siong:

“Parti-parti dalam BN macam adik-beradik. UMNO, MCA, MIC dan lain-lain, macam adik-beradik. Kalau (parti-parti) Pakatan Harapan, mereka ikut kepentingan masing-masing” 

Jadi sebagai rakyat, anda nak Barisan Nasional yang macam adik beradik atau pun pembangkang yang bergaduh sesama sendiri kerana masing - masing gila kuasa?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget