KL CHRONICLE: (Video) Fitnah jijik Dr. Mahathir bahawa negara "bakal bankrap" tidak benar #Negaraku Malaysia #YP

Tuesday, May 23, 2017

(Video) Fitnah jijik Dr. Mahathir bahawa negara "bakal bankrap" tidak benar #Negaraku Malaysia #YP

video

Fitnah pemimpin pembangkang, Dr. Mahathir Mohamad bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang teruk dan bakal bankrap merupakan satu kenyataan yang jijik yang bertujuan untuk mensabotaj ekonomi negara demi kepentingan peribadi beliau dan keluarga beliau. Umum ketahui bahawa Dr. Mahathir sudah bertungkus - lumus cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sejak 24 bulan yang lalu namun masih gagal.



Sudah pelbagai cara yang beliau gunakan, antaranya menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini bekerjasama dengan musuh beliau Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim pula untuk menghuru-harakan kerajaan. Untuk pengetahuan Dr. Mahathir, ekonomi Malaysia "is doing very well" dan kita bukan lah hendak bankrap atau menjadi a "failed state" yang selalu diperkatakan oleh Lim Kit Siang. 

Buktinya, International Monetary Fund (IMF) dalam kenyataan mereka mengatakan:

"The Malaysian economy has performed well over the past few years and remained resilient despite the challenging global economic environment, said the International Monetary Fund (IMF) in its annual consultation report on Malaysia, which concluded on March 15."

Malah dalam satu artikel yang terbaru, IMF juga telah mengeluarkan kenyataan mengatakan:

"The International Monetary Fund has praised Malaysia for its “sound macroeconomic policies” which ensures that the economy stays resilient in the face of significant headwinds and risks – placing it as among the fastest-growing economies among its peers."

Rencana - rencana yang dikeluarkan oleh IMF ini membuktikan bahawa ekonomi Malaysia berada pada landasan yang baik dan dibawah pentadbiran Barisan Nasional kita bakal menjadi antara 20 negara terbaik dunia seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Sudah semestinya, kemajuan negara akan juga membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara ini. 


BN bina jambatan, DAP bazir RM 220 juta untuk "laporan" yang tidak siap lagi
Ini berbeza dengan pihak pembangkang. Walaupun diberi kuasa di beberapa negeri mereka telah gagal sama sekali untuk mentadbir dengan baik. Ini terbukti di Pulau Pinang dimana kerajaan negeri sanggup membelanjakan RM 220 juta hanya untuk laporan teknikal yang sehingga hari ini tidak siap walhal dalam masa yang sama kerajaan BN telah membelanjakan jumlah yang hampir sama untuk membina jambatan Batang Sadong, iaitu jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia demi kesenangan rakyat. Bukankah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat?

Oleh itu pada PRU akan datang, adakah pembaca masih hendak memilih DAP atau pun beralih kepada Barisan Nasional? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget