KL CHRONICLE: Tiga Exco PAS Tetap Mahu Bertuankan @AzminAli , ingkar keputusan muktamar

Thursday, May 4, 2017

Tiga Exco PAS Tetap Mahu Bertuankan @AzminAli , ingkar keputusan muktamar


Walaupun di atas kertas Mohamed Azmin Ali sudah hilang "simple majority" bila PAS sudah putuskan hubungan politik dengan PKR.

Tetapi Azmin masih lagi boleh berkuasa dengan bantuan tiga orang Exco PAS.

Ketika mana hampir semua pemerhati politik melihat keputusan memutuskan tahaluf siyasi PAS dengan PKR ini akan membawa kepada keruntuhan Kerajaan Negeri Selangor, namun disebabkan 'dedak', ianya berlaku sebaliknya.




Azmin boleh kekal MB bila tiga Exco PAS iaitu Iskandar Samad, Yunus Khairi dan Zaidy Abdul Talib akan tetap 'berselera menikmati dedak' RM20,250 sebulan pemberian Azmin di Selangor.

Mana tidaknya, sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, mereka masing-masing memperoleh gaji sebulan RM20,250.00.

Berbanding hanya sekadar memegang jawatan dalam parti PAS yang secara sukarela sahaja. Hadi Awang tidak boleh bagi gaji sampai RM20,000 sebulan pun.

Berapa mereka akan dapat sekiranya sekadar menjadi Naib Presiden PAS atau ADUN PAS tanpa jawatan Exco Kerajaan Negeri? Baik ikut Azmin berbanding Hadi Awang.

Sebab itu pada 31 Mac 2017 lalu, Iskandar Samad kata “saya ikut arahan Presiden sahaja… buat masa ini tiada arahan untuk itu, jadi kita bertugas seperti biasa”. Iskandar menjawab pertanyaan apakah status mereka bertiga sebagai Exco jika PAS putuskan hubungan dengan PKR masa muktamar.

Jangan bersandiwaralah, semestinya mereka yang dipanggil 'Tok Lebai' oleh Azmin itu lebih sayang jawatan dan gaji mereka berbanding yang lain-lain.

Sebab itu mereka sanggup digelar 'Tok Lebai' oleh boss sendiri asalkan yang masuk ke akaun bank mereka sebagai gaji tidak berkurang.

Mana tiga orang Exco ini berani pertahankan Nik Abduh dan PAS bila Azmin menyindir Nik Abduh sebagai "pak lebai malang" bila kalah sebagai Timbalan Pengerusi PAS Pengkalan Chepa.

Justeru, yang akan memberikan Azmin kuasa dalam senario sekarang pemimpin PAS sendiri. Jika benar mereka mahu melawan Pakatan Harapan, berlaku adillah kepada parti sendiri dan perjuangan parti dengan menolak 'dedak' pemberian Azmin dan mengutamakan keputusan Majlis Ulama PAS.

Masa muktamar PAS 2014, Hadi Awang pernah panggil "barua dan broker" pada Saari Sungib dan Hasnul, dua ADUN PAS yang sekongkol dengan PKR untuk jadikan Azmin sebagai MB.

Kali ini, apa perkataan yang akan keluar dari mulut Hadi Awang terhadap tiga orang Exco PAS ini? Pelik sungguh bila lihat Naib Presiden PAS ikut telunjuk Timbalan Presiden PKR.

PAS hanya berkokok dalam muktamar sahajalah, realitinya masih lagi ikut telunjuk PKR di Selangor.

Senyumlah Khalid Samad dan PAN melihat PAS diperalatkan. PAN hanya tunggu masa sahaja mahu pupuskan PAS di Selangor.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget