KL CHRONICLE: Tidak Wajar Bukan Islam Jadi Peguam Syariah Di Malaysia

Thursday, May 25, 2017

Tidak Wajar Bukan Islam Jadi Peguam Syariah Di Malaysia


Setelah terlajak kutuk kaum India terpaksalah Moptee sebuah negeri kayangan merendahkan diri penyokong permohonan seorang peguam bukan Islam untuk menjadi peguam Syariah.



Oleh sebab negara kita mempunyai dua sistem undang-undang, Syariah dan Komanwel, maka tidak molek seorang bukan Islam dibenarkan menjadi peguam Syariah. 

Perundangan Islam di negara ini hanya membabitkan hal hukum hakam agama Islam, bukannya kes jenayah dan sivil yang membabitkan bukan Islam.

Apa akan jadi jika peguam tersebut mempertikaikan mana-mana peruntukan undang-undang Islam di negara ini. Apakah tidak timbul adu domba bahawa ia penghinaan bukan Islam terhadap Islam?

Oleh kerana undang-undang Islam di negara ini tertakluk kepada orang Islam sahaja, tidak ada sebab untuk orang bukan Islam masuk campur untuk menjadi peguam.

Jika bukan Islam mahu jadi peguam syariah, maka eloklah diangkat perundangan Islam sebagai satu-satunya perundangan negara.

Jadi ketika itu ia sudah dilihat sebagai undang-undang negara Islam bukan lagi perundangan untuk orang Islam semata-mata.

#SalamMeja30k

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget