Sunday, May 28, 2017

Pemimpin MIC bidas Lim Guan Eng jual tanah rakyat bawah harga pasaran


*Kenyataan Media*
*J.Dhinagaran*
*Ahli Majlis Kerja Pusat*
*Malaysian Indian Congress*

*_Penjualan Tanah Peel Avenue dibawah harga pasaran bukti Lim Guan Eng tidak kompeten sebagai Ketua Menteri_*

1. Saya merujuk kepada satu artikel yang dikeluarkan baru - baru ini dimana kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng mengakui bahawa beliau telah menjual sebidang tanah milik rakyat di negeri ini kepada subuah syarikat negara luar dengan harga hanya RM 156 juta. 




(Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/17/peel-avenue-land-sold-to-hospital-for-rm156-million-guan-eng-reveals/ ).

2. Lebih mengejutkan adalah alasan yang diberikan mengapa tanah ini dijual pada harga hanya RM 156 juta, iaitu dibawah harga pasaran adalah kerana Lim Guan Eng yang menggunakan harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Tahun 2015 sebagai rujukan untuk menjual tanah milik rakyat ini kepada orang asing. Alasan ini tidak masuk akal sama sekali dan membuktikan Lim Guan Eng tidak kompeten menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/23/peel-avenue-land-valued-by-valuation-department/

3. Umum ketahui bahawa penilaian yang diadakan terhadap tanah di Peel Avenue oleh JPPH pada Tahun 2015 hanya sah dalam tempoh 12 bulan sahaja dari tarikh nilaian tersebut diadakan. Oleh yang demikian, alasan Lim Guan Eng bahawa beliau menjual tanah milik rakyat negeri ini berdasarkan harga rujukan Tahun 2015 adalah tidak masuk akal sama sekali.

4. Ini kerana kita semua tahu bahawa harga rumah dan tanah, terutamanya di negeri Pulau Pinang semakin meningkat setiap tahun dan tidak ada di mana - mana kawasan di Pulau Pinang dimana harga rumah atau tanah tidak melalui sebarang peningkatan. Saya juga mengambil peluang ini untuk merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha MCA Pulau Pinang  Dr Tan Chuan Hong.

5. Dalam kenyataan beliau, Dr. Tan telah mendedahkan bahawa harga tanah di Persiaran Gurney adalah RM 1,500 kaki persegi dan RM 1,000 kaki persegi di Pulau Tikus. Namun harga yang dijual kepada syarikat luar ini oleh Ketua Menteri adalah hanya RM 560 kaki persegi. Ini telah menyebabkan rakyat di negeri ini telah menjual tanah kami dengan harga hampir 75% dibawah harga pasaran. Mengapa ini berlaku?

6. Oleh itu saya mendesak Lim Guan Eng untuk mendedahkan surat rasmi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) George Town kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut bertarikh 16 Oktober 2015 yang dengan jelas mengatakan bahawa tempoh nilaian terhadap tanah di Peel Avenue hanya sah dalam tempoh 12 bulan sahaja. 

7. Jika Lim Guan Eng tidak mendedahkan surat ini, ianya membuktikan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak telus dalam penjualan tanah milik rakyat di Peel Avenue ini kepada syarikat luar negara. Mana pergi slogan C.A.T kerajaan Pulau Pinang?

8. Saya juga bersetuju dengan permintaan Datuk Huan Cheng Guan yang mendesak Lim Guan Eng untuk mendedahkan Sales & Purchase Agreement penjualan tanah milik rakyat ini secepat mungkin. 

*Terima Kasih*

No comments:

Post a Comment