KL CHRONICLE: #KLChronicle : Kecam MCA bukti PERKASA Hipokrit #Negaraku #Malaysia

Saturday, May 20, 2017

#KLChronicle : Kecam MCA bukti PERKASA Hipokrit #Negaraku #Malaysia

PERKASA menyibuk dalam hal dalaman parti komponen BN
Baru - baru ini, NGO berhaluan kanan PERKASA telah mengecam parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA kerana MCA telah menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis China (PKC) dalam hal - hal berkaitan pengkaderan dan "good practices" dalam hal - hal melibatkan pentadbiran parti. 



Kenyataan Presiden MCA jelas tetapi nampaknya PERKASA tidak faham bahasa
Pertama sekali, kerjasama antara MCA dan PKC adalah hal dalaman parti MCA dan PERKASA sebenarnya tidak perlu sibuk dalam hal ini. PERKASA sudah terbukti sebuah NGO yang keliru dengan perjuangan mereka. 

Ini terbukti apabila ada barisan kepimpinan PERKASA yang juga menjadi sebahagian dari barisan kepimpinan parti PPBM pimpinan Dr. Mahathir. On one hand mereka ini mengecam MCA bekerjasama dengan PKC tetapi on another hand mereka bekerjasama dengan DAP yang terbukti anti Melayu dan Islam. 

Ini menunjukkan ada antara barisan kepimpinan PERKASA sebenarnya bersikap hipokrit  dengan mengecam MCA tetapi langsung tidak bersuara dalam mengkritik atau mengecam DAP. Isu terbaru adalah berkaitan gerakan Kristianisasi yang kini menular didalam DAP melalui Hannah Yeoh tetapi langsung tidak ada komen dari PERKASA. Tiba - tiba PERKASA telah menjadi bisu dalam hal ini. 

Suka hati mereka keluar Fatwa "Haram" undi MCA. 

PERKASA juga nampaknya suka mengeluarkan fatwa yang bodoh seperti "Haram" untuk mengundi MCA & MIC tetapi mana fatwa haram untuk mengundi DAP? Ini sekaligus membuktikan bahawa tujuan utama PERKASA menjelang PRU - 14 adalah untuk menyerang parti komponen BN supaya DAP mempunyai "the upper hand" dalam menarik undi masyarakat Cina dan India. 

PERKASA akhirnya kini dilihat sebagai tali barut kepada orang Melayu dengan mahu mensabotaj BN yang ditunjangi UMNO supaya tewas kepada pembangkang yang ditunjangi DAP pada PRU yang akan datang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget