KL CHRONICLE: @Huan2u : Mana kesetiaan pemimpin @dapmalaysia terhadap #Malaysia ?

Friday, May 12, 2017

@Huan2u : Mana kesetiaan pemimpin @dapmalaysia terhadap #Malaysia ?


*_Wisma Putra harus siasat dan ambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang mempunyai dua kewarganegaraan_*

1. Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini yang melaporkan bahawa ADUN Pujut dari DAP Ting Tiong Choon telah dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah berjaya.




Rujukan : https://m.malaysiakini.com/news/382001

2. ADUN DAP ini telah dipecat kerana beliau memiliki kewarganegaraan Australia dan pernah mengundi sebagai rakyat Australia dalam pilihanraya di negara itu. Tindakan beliau ini dengan jelas melanggar Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana - mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak - hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.


3. Memandangkan kes ini membuktikan bahawa pihak pembangkang telah mengambil seorang warga asing sebagai pemimpin mereka dan sebagai wakil rakyat, saya menggesa Wisma Putra untuk menyiasat mana - mana lagi rakyat Malaysia yang mempunyai dua kewarganegaraan dan tindakan yang tegas diambil terhadap mereka.

4. Di Malaysia kita sudah ada undang - undang dan peraturan berkaitan isu dua kewarganegaraan ini namun ianya tidak kerap diguna pakai oleh kerajaan. Malah mungkin terdapat lebih ramai pemimpin pembangkang yang mempunyai dua warganegara cuma mereka tidak ditangkap sahaja lagi. 

5. Tindakan jijik pemimpin pembangkang yang mempunyai dua kewarganegaraan ini membuktikan mereka tidak ada semangat cintakan negara dan tiada kesetiaan kepada Raja dan Negara. Mereka ini tidak layak menjadi wakil rakyat di negara ini dan harus dihalau pulang serta merta. 

Kerajaan Malaysia harus serius menangani kemelut sebegini dan Agensi yang dipertanggungkanjawabkan harus mengambil tindakan dengan kadar segera. 

*Terima Kasih*

Kenyataan Media*
*Mejar (K) Datuk Huan Cheng Guan*
*Naib Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*

*12 May 2017*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget