KL CHRONICLE: Hendak jadi kerajaan konon, calon PM pun pembangkang tidak boleh selesaikan #Negaraku #Malaysia #YP

Wednesday, May 17, 2017

Hendak jadi kerajaan konon, calon PM pun pembangkang tidak boleh selesaikan #Negaraku #Malaysia #YP


Pihak pembangkang di Malaysia ini memang lucu. Sejak Tahun 2008 mereka memberitahu rakyat konon - nya mereka sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan di peringkat persekutuan. Namun sehingga hari ini, hampir 10 tahun setelah mereka menang pada PRU - 12 dan PRU - 13 mereka masih tidak dapat menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dari pihak mereka. 

Lebih melucukan, setiap parti dalam pakatan pembangkang mempunyai calon "favourite" mereka. Ini dapat dibuktikan apabila pada 9 Mac 2017, Ahli Parlimen Seremban di dalam Parlimen dengan terang dan jelas telah mengatakan bahawa:



“Kenyataan Yang Berhormat Rembau (Khairy Jamaluddin) ada menyatakan matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN 50) mungkin wanita boleh jadi Perdana Menteri.

“Padahal kita di sebelah sini (pembangkang) bersedia menyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh (Wan Azizah) menjadi Perdana Menteri kalau kita diberi mandat nanti, tidak perlu tunggu sampai 2050.


Kenyataan mengejutkan Anthony Loke ini telah membangkitkan kemarahan pemimpin PPBM, Dr. Mahathir Mohamad yang dengan jelas mengatakan bahawa bukan hak DAP untuk memilih calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang. Kenyataan ini dikeluarkan juga pada 9 Mac 2017, beberapa jam selepas kenyataan Anthony Loke. Memetik kata  - kata Dr. Mahathir:

“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 


Umum ketahui bahawa Dr. Mahathir mahukan anak beliau, atau pun seorang boneka sebagai Perdana Menteri supaya mudah Dr. Mahathir mengawal kerajaan dari belakang tabir. Lebih mengelirukan lagi keadaan, baru - baru ini Zaid Ibrahim, seorang pemimpin "katak" yang sudah menganggotai hampir 3 parti di Malaysia mengumumkan bahawa beliau mencadangkan Dr. Mahathir menjadi calon Perdana Menteri alternatif dari pihak pembangkang. 

Memetik kata - kata Zaid Ibrahim:

“Dengan penglibatan Dr Mahathir, kita kini ada calon perdana menteri yang serius, sekiranya beliau mahu.

“Kalau pun beliau tidah mahu menjadi perdana menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu.

Jadi sekarang kita ada 2 calon Perdana Menteri dari pihak pembangkang iaitu Wan Azizah dan Dr. Mahathir. Bukan itu sahaja, diberitakan juga Presiden PPBM Muhyiddin Yassin juga merupakan calon Perdana Menteri dari parti Pribumi dan khabarnya beliau sudah tidak "Sebulu" dengan Dr. Mahathir. Namun bagi kami di #KLChronicle, sikap pihak pembangkang yang gila kuasa ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan. 

Mereka (pihak pembangkang) masing - masing melihat kepentingan politik parti mereka sahaja. Mereka langsung tidak melihat kepada kebajikan rakyat di negara ini. Malah sehingga hari ini, tidak ada satu dasar, polisi mahu pun tindakan yang diambil oleh parti pembangkang demi kesejahteraan rakyat. Apa yang mereka tahu hanyalah berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu.

Kini timbul pula isu kestabilan kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan Azmin Ali. Dikhabarkan DAP memainkan peranan yang besar untuk memastikan EXCO PAS dipecat dan digantikan dengan ADUN dari PAN. Ini kerana bagi DAP ADUN PAN mudah dikawal dan segala tindak tanduk serta kerja jahat DAP di Selangor dapat diteruskan tanpa gangguan. 



Semua ini dengan jelas membuktikan pembangkang sebenarnya dalam keadaan huru - hara dan jika mereka mentadbir negara sudah pasti ianya akan rosak dan jahanam. Adakah ini yang kita mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget