KL CHRONICLE: DAP semakin terdesak, mahu MCA umumkan calon Gelang Patah secepat mungkin #Negaraku #Malaysia

Monday, May 29, 2017

DAP semakin terdesak, mahu MCA umumkan calon Gelang Patah secepat mungkin #Negaraku #Malaysia

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberi amaran keras kepada DAP
Parti pembangkang yang ultra rasis dan chauvinist, DAP nampaknya kini semakin terdesak apabila mereka memberikan tekanan kepada MCA supaya mengumumkan calon MCA bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 14 yang akan datang. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan terdesak DAP ini hanyalah supaya mereka dapat menyerang calon MCA yang diumumkan sekaligus menghancurkan kredibiliti calon menjelang hari mengundi. 



Umum ketahui bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kini teruk dihentam oleh pengundi Gelang Patah kerana beliau asyik "menghilangkan" diri dari kawasan parlimen beliau. Malah pengundi Gelang Patah yang ditemui oleh wartawan rata - ratanya kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab Lim Kit Siang di Gelang Patah disamping memuji usaha MCA membantu rakyat walaupun tewas pada PRU yang lepas. 

Kembali kepada calon MCA Gelang Patah, memetik kata - kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:

"The Opposition can say they want to win 10 seats, 26 seats and so on. We will do the work first before we talk about winning,"
Kenyataan ini menunjukkan sifat politik matang yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan MCA dimana fokus diberikan kepada berkidmat untuk rakyat dan bukan mengejar jumlah kerusi yang akan dimenangi pada PRU yang akan datang. Ini berbeza dengan pihak pembangkang terutamanya DAP yang dilihat "gila kuasa" apabila meramalkan mereka bakal menang besar di Johor tetapi dalam masa yang sama langsung tidak berkhidmat untuk rakyat di negeri tersebut. 

Bagi kami di #KLChronicle, rakyat harus sedar bahawa fokus utama DAP adalah hanya untuk merampas kuasa dan bukan untuk berkhidmat untuk rakyat. Ini dapat dibuktikan di mana dihampir kesemua kawasan parlimen yang diwakili oleh DAP terdapat banyak rungutan dari masyarakat bahawa ahli parlimen mereka "lesap" selepas PRU yang lepas. Adakah ini yang rakyat mahu, iaitu seorang wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget