KL CHRONICLE: Bukti UMNO lebih demokrasi dari parti ultra rasis DAP #YP

Tuesday, May 30, 2017

Bukti UMNO lebih demokrasi dari parti ultra rasis DAP #YP

Hanya 20 orang memilih Setiausaha - Agung DAP, berbeza dengan
hampir 3,000,000 orang yang memilih Presiden UMNO 
1. Pemimpin - pemimpin parti DAP selama ini suka melaungkan slogan konon nya mereka merupakan antara parti paling "demokratik" di Malaysia serta mengamalkan konsep demokrasi dalam pemilihan parti. Namun sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa jawatan tertinggi DAP sebenarnya hanya dipilih oleh Ahli Eksekutif Pusat (Central Executive Council) dan bukan ahli akar umbi parti DAP. 



2. Ini berbeza dengan parti keramat UMNO dimana Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden parti dipilih oleh hampir 3,000,000 juta ahli akar umbi UMNO. Ini adalah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak meminda perlembagaan UMNO dengan memberikan kuasa kepada ahli akar umbi untuk memilih pucuk pimpinan parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) ini. 

3. Bagi kami di #KLChronicle, sistem pemilihan didalam parti DAP ini membuktikan barisan kepimpinan DAP tidak telus dalam memberikan kuasa kepada ahli akar umbi untuk memilih pemimpin yang mereka mahu tetapi kuasa lebih tertumpu kepada beberapa kumpulan yang umumnya diketahui dikuasai oleh Lim Kit Siang serta kroni - kroni beliau didalam barisan CEC parti. 

4. Ini terbukti apabila pada pemilihan DAP yang lepas, Lim Guan Eng hanya mendapat kedudukan kelima dari 20 orang yang menang dalam pemilihan CEC. Ini membuktikan bahawa beliau bukan calon yang mendapat sokongan majoriti ahli akar umbi DAP tetapi memandangkan sistem pemilihan DAP yang tidak telus maka beliau dipilih oleh kroni - kroni beliau dalam CEC sebagai Setiausaha-Agung DAP. Sudah semestinya ini mengecewakan ramai ahli DAP. 

5. Oleh yang demikian, kata - kata serta slogan DAP yang konon nya mereka mengamalkan "the true democracy" dalam parti mereka merupakan satu penipuan yang amat jelas. Sebenarnya DAP merupakan satu "kelab eksklusif" yang dikuasai oleh segelintir kumpulan yang Pro kepada Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng. Kumpulan ini sahaja yang menguasai segala jawatan penting dan dasar - dasar parti. Jadi ada lagi yang hendak percaya bahawa DAP adalah sebuah parti yang demokratik?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget