KL CHRONICLE: Akhirnya PAS Cerai PKR dengan talak 3 #Negaraku #Malaysia

Friday, May 12, 2017

Akhirnya PAS Cerai PKR dengan talak 3 #Negaraku #Malaysia


Akhirnya Majlis Syura Ulamak PAS telah mengumumkan hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal. Keputusan Majlis Syura ini sekaligus mengesahkan kedudukan PAS sebagai parti pembangkang yang berdiri sendirian tanpa menyertai mana - mana perikatan dengan pihak pembangkang mahupun kerajaan. Namun nampaknya tindakan PAS ini mengundang kemarahan parti cina chauvinis DAP dan PKR. 




Contohnya, selang beberapa minit selepas PAS mengumumkan keputusan membatal kerjasama dengan PKR, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok menjadi batu api dengan meminta PAS supaya melepaskan semua jawatan didalam kerajaan Negeri Selangor. Persoalanya sekarang, adakah PAS akan berbuat demikian atau pun kekal dalam kerajaan negeri kerana gilakan kuasa dan wang ringgit?

Bagi kami, jika PAS mempunyai integriti dan betul - betul ikhlas memutuskan hubungan dengan PKR, PAS wajar melepaskan semua jawatan didalam kerajaan negeri dan memohon sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  dan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Azmin Ali. Selepas tindakan ini dilakukan, DYMM Sultan Selangor boleh memutuskan sama ada hendak melantik Menteri Besar baru atau pun tidak. 

Ini merupakan kes yang sama seperti di Perak suatu masa dahulu. Persoalanya sekarang, adakah PAS hanya "bermain wayang" dengan memutuskan hubungan dengan PKR tetapi tetap "cium mulut" dengan kumpulan Azmin Ali yang umum ketahui tidak sebulu dengan kumpulan "Wan Azizah" didalam PKR?

Do not underestimate PAS kerana Pak - Pak Lebai ini juga hebat berpolitik dan bersandiwara. 

===========================================================

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget