KL CHRONICLE: #YP Penyelesaian kes 1MDB - IPIC, pembangkang serupa macam cacing kepanasan

Wednesday, April 26, 2017

#YP Penyelesaian kes 1MDB - IPIC, pembangkang serupa macam cacing kepanasan


1. Pihak pembangkang terutamanya Tony Pua, Rafizi Ramli dan sekutu mereka nampaknya kini mula tidak senang duduk apabila syarikat milik kerajaan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi akhirnya telah selesai dalam perbincangan mereka diluar mahkamah dalam menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam pelaburan bersama mereka. 



2. Menyedari bahawa dengan penyelesaian secara baik pihak Abu Dhabi (IPIC) dan Malaysia (1MDB) ini akan menyebabkan temberang pihak pembangkang terbongkar, hari ini Rafizi Ramli dan rakan beliau Tony Pua kembali menghasut rakyat dengan konon nya wang rakyat akan digunakan untuk penyelesaian kes dengan IPIC. Ini merupakan lagi satu fitnah jijik pihak pembangkang untuk memberikan persepsi negatif terhadap imej 1MDB dan kerajaan. 

3. Jika kita lihat balik serangan terhadap 1MDB, pada Tahun 2015 Ketua Umum pembangkang Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa aset yang dimiliki oleh 1MDB didalam Brazen Sky yang dipanggil "units" adalah tidak bernilai langsung. Memetik kenyataan Dr. Mahathir didalam Malaysiakini:
 "If 1MDB wants the public to believe that its funds are not missing, then it must show real money and not "units", said former premier Dr Mahathir Mohamad."

4. Namun hari ini dengan penyelesaian antara 1MDB dan IPIC, terbukti bahawa apa ang dikatakan oleh kerajaan adalah benar. "Units" didalam Brazen Sky adalah bernilai dan merupakan satu aset yang boleh digunakan. Ini terbukti apabila IPIC menerima "units" didalam Brazen Sky ini sebagai satu bentuk penyelesaian kes luar mahkamah antara IPIC dan 1MDB. 

5. Ini sekaligus membuktikan bahawa fitnah pembangkang bahawa units didalam Brazen Sky adalah tidak bernilai dan hanya "on paper" merupakan satu penipuan yang maha besar. Jika ianya tidak bernilai mana mungkin IPIC ingin menerima units in "as part of the settlement with 1MDB". Persoalanya sekarang, adakah pihak pembangkang akan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana telah menipu rakyat dalam isu 1MDB ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget