KL CHRONICLE: Pemuda BN Wilayah beri minyak percuma di 13 kawasan, Jom!!

Saturday, April 1, 2017

Pemuda BN Wilayah beri minyak percuma di 13 kawasan, Jom!!

Program di Putrajaya sebentar tadi
Seperti yang telah dijanjikan pada pelancaran Program Isi Minyak Percuma di stesen minyak Shell, Taman Sri Rampai pada Mac yang lepas, Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan menganjurkan program ini secara serentak di setiap Parlimen seluruh WP.


Lagi gambar program di Putrajaya

Program ini adalah bertujuan untuk meringankan perbelanjaan harian bagi mereka yang berulang alik menunggang motorsikal ke tempat kerja.


Kami mensasarkan lebih 8,000 buah motosikal berkuasa bawah 150cc akan manfaat minyak percuma ini.

Semasa kami melancarkan program ini, DAP telah menuduh kami berbelanja sebanyak RM7 juta dan mereka telah membuat tuduhan terhadap kami dengan pelbagai andaian negatif.

Saya ingin memaklumkan kepada DAP agar senantiasa berlapang dada kepada setiap program khidmat bakti yang dilaksanakan untuk membantu meringankan bebanan rakyat. Jangan terlalu mempunyai perasaan benci kepada NGO atau parti politik yang berlainan fahaman untuk melaksanakan program kemasyarakatan. Ini adalah bantuan kepada rakyat dan rakyat akan menikmati bantuan ini.

Sepatutnya Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membantu lebih ramai pengundi Segambut yang agak 'sengsara' tanpa peduli daripada beliau. Peruntukan yang diterima seharusnya digunakan untuk membantu rakyat, bukan membantu ahli-ahli DAP sahaja. 

Rakyat semakin jelas melihat kerakusan pemimpin DAP yang senantiasa syok sendiri dengan melakukan kerja Politik dengan hanya dengan Bercakap, membuat tuduhan dan fitnah.

Sudah masuk tahun ke-4 penggal ini, lihat sahaja laporan di kawasan-kawasan yang DAP menang, adakah berbaloi apa yang rakyat kawasan mereka dapat daripada peruntukan Kerajaan kepada ahli Parlimen DAP? 

Jutaan peruntukan telah kerajaan beri pada Ahli Parlimen DAP di WP namun dimana duit ini pergi? Semua program kemasyarakatan diambil tanggunjawab oleh DBKL atau MPPP.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pemuda
Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

Berikut adalah senarai lengkap stesen minyak yang telah dipilih untuk program bulan April 2017.

1. Seputeh 
8.00 pm - 10.00 pm
Stesen Minyak Shell Kuchai (McDonalds)

2. Segambut
3.00 pm - 5.00 pm
Stesen Minyak Petronas Segambut

3. Putrajaya
12.00 pm - 2.00 pm
Stesen Minyak Petronas Presint 9 (Sebelah Tasik)

4. Batu
3.00 pm - 5.00pm
Stesen Minyak Shell Batu Muda

5. Kepong
6.00 pm - 8.00 pm
Stesen Minyak BHP Taman City, Jalan Kuching

6. Bukit Bintang
5.00 pm - 7.00 pm
Stesen Minyak Caltex Jalan Tun Razak

7. Lembah Pantai
8.00 pm - 10.00pm
Stesen Minyak Petronas Pasir Kiri, Jalan Taman Gasing.

8. Wangsa Maju
8.00 pm - 10.00 pm
Stesen Minyak Shell Danau Kota

9. Bandar Tun Razak
3.00 pm - 5.00 pm
Stesen Minyak Petronas Taman Tenaga

10. Cheras
5.00 pm - 7.00 pm
Stesen Minyak Petron Jalan Pasar

11. Titiwangsa
5.00 pm - 6.30 pm
Stesen Minyak Petronas Jalan Chocrane

12. Labuan
8.00 pm - 10.00 pm
Stesen Minyak Petronas Saguking

13. Setiawangsa
8.00 pm - 10.00 pm
Stesen Minyak Shell Jalan Kilang

#WilayahPrihatin
#BetterNation
#BNCares

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget