KL CHRONICLE: Masyarakat Raub dan DUN Tras di Pahang serik dan menyesal undi DAP pada PRU lepas, mahu MCA kembali

Thursday, April 6, 2017

Masyarakat Raub dan DUN Tras di Pahang serik dan menyesal undi DAP pada PRU lepas, mahu MCA kembali

Arif, awak kat mana?
kami di editorial team #KLChronicle telah mengadakan satu "road trip" ke Raub, Pahang untuk menikmati durian Musang King yang sangat terkenal di kawasan tersebut. Banyak juga kenderaan dari luar kawasan, terutamanya Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang kami lihat turun ke Raub untuk menikmati durian mereka. 




Sambil menikmati durian yang telah kami beli, kami sempat berbual dengan beberapa orang tempatan yang mengeluh tentang Ahli Parlimen mereka dari DAP, yang dikatakan tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat di kawasan Raub. 


Apabila ditanya dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan mereka, rata - rata warga tempatan mengatakan Yang Berhormat Ahli Parlimen lebih banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur dan dilihat lebih terikut - ikut membawa isu Nasional tetapi mengabaikan isu - isu tempatan yang lebih penting bagi rakyat tempatan. 

Malah rumah Arif Sabri juga terletak di Kota Damansara, Selangor dan jarang pulang ke kawasan. Isu yang sama juga dibangkitkan oleh penduduk setempat terhadap Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Tras iaitu Choong Siew Onn yang dikatakan selalu "ghaib" dari kawasan dan hanya dilihat sekali sekala. 

Image result for makan durian di raub

Pada mulanya kami cuma mendengar sahaja rungutan penduduk setempat tentang Ahli Parlimen dan ADUN mereka. Kemudian salah seorang dari kami bertanya apa pula pandangan penduduk setempat terhadap ADUN BN dari dua kawasan DUN iaitu DUN Batu Talam dan Dong. Jawapan yang diberikan agak memeranjatkan. 

Menurut penduduk setempat tugas - tugas sebagai wakil rakyat kini hanya dimainkan oleh ADUN BN iaitu B. Dato' Abd.Aziz Bin Haji Mat Kiram dan YB. Dato' Sri Haji Shahiruddin Bin Ab.Moin yang konsisten membantu penduduk dalam permasalahan mereka.

Bagi kawasan di DUN Tras pula, MCA sejak dari PRU - 13 lagi telah memainkan peranan yang proaktif dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat walaupun telah tewas kepada DAP dalam PRU yang lepas. Ini sekaligus telah membuka mata masyarakat setempat bahawa DAP tidak boleh diharap dan hanya MCA sahaja yang benar - benar membantu masyarakat terutamanya di DUN Tras. 

Bila kami tanya bagaimana pula bagi PRU yang akan datang, masing - masing mereka ketawa dan kata kami sudah serik undi DAP, lepas ini akan undi BN pula!

Cuba pembaca kongsikan dengan kami bagaimana prestasi Ahli Parlimen dan ADUN di tempat anda? Tinggalkan maklumat ini di ruang komen dan kami akan siarkan. Terima Kasih!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget