KL CHRONICLE: @LiowTiongLai jawab kenyataan bodoh Timbalan Ketua Pemuda PAN

Friday, April 21, 2017

@LiowTiongLai jawab kenyataan bodoh Timbalan Ketua Pemuda PAN


1. Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (PAN), Faiz Fadzil, anak kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, mantan Presiden PAS cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa  sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara) bagi kesalahan trafik adalah bertentangan dengan perlembagaan negara. (Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/379525).

2. Kenyataan tidak bertanggungjawab Faiz Fadzil ini kemudian dikongsikan netizen kononnya kerajaan telah mengambil keputusan yang tidak selari dengan perlembagaan negara. Namun malangnya, kenyataan Faiz Fadzil ini sebenarnya merupakan satu penipuan yang amat besar sekali semata - mata untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. 



3. Menyedari bahawa kenyataan menghasut Faiz Fadzil ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia membenci kerajaan serta memberikan persepsi yang negatif kepada Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah bangkit membidas kenyataan fitnah Faiz Fadzil ini. Yang Berhormat Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan bahawa Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 membolehkan pesalah jalan raya dikenakan 2 hukuman serentak iaitu kompaun dan pemotongan mata demerit seperti yang dilaksanakan di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

Memetik kata - kata Yang Berhormat Menteri:
Laporan dalam sebuah portal yang mendakwa Awas bertentangan dengan prinsip undang-undang atau ‘double jeopardy’ seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak benar.
“Ia bukan ‘double jeopardy’ kerana Akta JPJ membolehkan kita kenakan kompaun dan potong markah,”  
4. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan jijik Faiz Fadzil ini sebenarnya hanyalah untuk mengelirukan rakyat tentang pelaksanaan sistem AWAS yang menggabungkan rangkaian kamera bagi merakam kenderaan yang melebihi had laju iaitu sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan sistem pemberian mata demerit keselamatan jalan raya (Kejara). Umum ketahui Malaysia mempunyai kadar kemalangan maut antara yang tertinggi di dunia dan sistem AWAS ini diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan diatas jalan raya kita. 

5. Adakah parti PAN dan Faiz Fadzil mahu jalan raya di Malaysia terus menjadi medan yang meragut nyawa ribuan rakyat Malaysia saban tahun sehingga ada anak - anak kecil yang menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapa mereka meninggal dalam kemalangan? kami menyeru kepada kepimpinan parti PAN dan Faiz Fadzil untuk bertaubat dan sedarlah bukan semua perkara boleh dipolitikkan. 

6. Ada perkara yang kerajaan terpaksa lakukan, walaupun tidak popular tetapi perlu demi kebaikan rakyat. Malangnya, parti PAN dan Faiz Fadzil hanya tahu komplain dan menghasut rakyat tetapi langsung tidak memberikan solusi dan pendapat bagaimana kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Mereka hanya pandai mencetuskan huru - hara tetapi langsung tidak berfikir demi kebaikan dan keselamatan rakyat. 

Memalukan sahaja!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget