KL CHRONICLE: #KeluarBN Fitnah terhadap MCA bukti DAP ketandusan idea

Tuesday, April 4, 2017

#KeluarBN Fitnah terhadap MCA bukti DAP ketandusan idea

Datuk Seri Wee Ka Siong menafikan sekeras - kerasnya bahawa MCA akan berundur dari BN
Beberapa hari yang lepas, telah tular di media sosial, terutamanya applikasi pesanan ringkas WhatsApp konon nya Dato' Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA telah mengumumkan pengunduran MCA dari Barisan Nasional. Apabila perkara ini disiasat dengan teliti, akhirnya mesej yang tular ini merupakan satu berita palsu yang dibuat hanya untuk menggugat keharmonian Barisan Nasional. 



Bagi kami di #KLChronicle, apa yang menarik tentang "timing" berita palsu ini disebarkan adalah selepas beberapa jam pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diserbu oleh pihak SPRM akibat disyaki menyeleweng dana YAWAS dan SMUE yang merupakan hak milik rakyat negeri selangor dan bukan Wilayah Persekutuan. 

Walaupun kes ini masih didalam siasatan SPRM, namun nampaknya pihak pembangkang gusar akan implikasi kes ini terhadap DAP sehingga sanggup menerbitkan satu berita palsu hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang melibatkan Teresa Kok dan beberapa pemimpin DAP yang lain. 

Namun kami yakin rakyat Malaysia yang semakin bijak dalam era media sosial ini tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah serta fitnah jijik pihak pembangkang. Malah pemimpin - pemimpin tinggi MCA seperti Presiden dan Timbalan Presiden juga telah mengesahkan bahawa MCA akan tetap kekal dalam Barisan Nasional.

Persahabat dan silaturahim yang telah dijalinkan hampir 60 tahun tidak begitu mudah dimusnahkan oleh pihak pembangkang yang nampaknya ketandusan idea sehingga terpaksa mengeluarkan berita - berita palsu. Persoalanya sekarang, adakah masih ada rakyat Malaysia yang percaya akan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang di Malaysia?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget