KL CHRONICLE: Jom ke Pemeriksaan Awam Laluan Rel Pantai Timur #Negaraku #Malaysia Cc @SPADChannel

Friday, April 7, 2017

Jom ke Pemeriksaan Awam Laluan Rel Pantai Timur #Negaraku #Malaysia Cc @SPADChannel


1. Pada 8 March 2017 yang lalu, kami di #KLChronicle telah menerbitkan satu artikel yang mengajak rakan - rakan pembaca untuk hadir ke Sesi Pemeriksaan Awam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemeriksaan awam yang dilakukan oleh SPAD ini akan membolehkan orang ramai melihat dengan lebih dekat projek ECRL ini dan memberikan pendapat serta komen mereka bagaimana projek ini akan memberi lebih manfaat kepada rakyat. (Rujuk : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/03/pemeriksaan-awam-ecrl-peluang-rakyat.html). 



2. Sesi pemeriksaan ini membuktikan ketelusan SPAD dalam memastikan segala projek infrastruktur kerajaan dipamerkan kepada rakyat sebelum ianya dilaksanakan. Objektif utama adalah supaya rakyat dapat memberikan maklum balas terhadap projek ini seterusnya tindakan dapat diambil terhadap maklum balas tersebut. Ini adalah satu inisiatif SPAD supaya projek pengangkutan awam darat di negara ini mendapat input dari rakyat kerana akhirnya rakyat juga yang akan menggunakan perkhidmatan ini. 

3. Oleh yang demikian, hari ini kami sekali lagi ingin menyeru supaya pembaca - pambaca kami turun ke sesi pemeriksaan awam ini untuk melihat dengan lebih dekat projek ECRL ini dan bagaimana projek yang bernilai RM 50 billion ini akan memacu ekonomi pantai timur menjadi antara kawasan yang paling pesat membangun dalam negara ini. Sesungguhnya pembangunan Pantai Timur akan juga meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan nya.

4. Umum ketahui pihak pembangkang memang tidak mahu projek ECRL ini berjaya kerana kejayaan projek ECRL ini akan meningkatkan taraf sosio - ekonomi penduduk Pantai Timur. Apabila taraf sosio - ekonomi penduduk Pantai Timur meningkat, mereka akan berasa gembira dengan pentadbiran kerajaan sekaligus akan terus menyokong dasar - dasar ekonomi serta pembangunan negara. Ini sudah semestinya akan menyebabkan pembangkang hilang sokongan dan ini amat ditakuti mereka. 

5.  SPAD sudah memainkan peranan yang baik sebagai suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam semua hal pembangunan projek pengangkutan awam darat. Sekarang sudah tiba masanya kita sebagai rakyat juga memainkan peranan dengan memberikan input kepada projek ECRL supaya ianya menjadi mod pengangkutan awam darat antara yang terbaik di negara kita. Jangan nanti bila projek sudah disiapkan kita "complain" bahawa kerajaan tidak prihatin dengan "komen" kita walhal ketika tempoh sesi pemeriksaan awam kita langsung tidak hadir dan ambil berat. 

6. Selain daripada ibu pejabat SPAD, sesi Pemeriksaan Awam turut diadakan di 38 lokasi yang dikunjungi orang ramai, termasuk pejabat-pejabat daerah di Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Putih, Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong dari tarikh 8 Mac 2017 sehingga 5 Jun 2017. Jom tunggu apa lagi!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget