KL CHRONICLE: #YP Cubaan sabotaj ekonomi negara bukti pembangkang pentingkan diri sendiri

Tuesday, April 18, 2017

#YP Cubaan sabotaj ekonomi negara bukti pembangkang pentingkan diri sendiri


1. Umum ketahui bahawa pihak pembangkang,terutamanya ahli - ahli Parlimen dari DAP, PKR dan PAN kini sedang cuba untuk memburukkan imej negara dengan harapan supaya segala pelaburan yang dibawa masuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak gagal. Antara cubaan memburukkan imej negara di luar negara pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. Kejadian ini telah diceritakan oleh Dr Kamarul Zaman Yusof, Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM. 



2. Kejadian ini berlaku ketika dialog tertutup membabitkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura. Menurut Dr. Kamarul, ketika di Singapura Lim Guan Eng telah melakukan satu pembohongan besar dengan mengatakan bahawa:
_Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberikan walau sesen pun kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang. Dakwa Lim Guan Eng: “Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government.” (Terjemahan dakwaan Lim Guan Eng: “Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.”)_


3. Lebih mengejutkan lagi, Lim Guan Eng juga telah memfitnah kerajaan Persekutuan bahawa:
_BN membayar pengundi RM5,000 seorang bagi mengalahkan beliau di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Dakwa Lim Guan Eng: “You know in my constituency in the last general election they were offering votes at RM500 before, actually RM5,000 per vote. You are from Penang, you know. So they were paying voters RM5,000 per vote but yet they lost very badly.” (Terjemahan tuduhan Lim Guan Eng: “Kamu tahu dalam kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu mereka menawarkan RM500 untuk setiap undi sebelum ini, sebenarnya RM5,000 untuk setiap undi. Kamu dari Pulau Pinang, kamu tahu. Jadi mereka membayar para pengundi RM5,000 untuk setiap undi tetapi mereka kalah dengan sangat teruk.”)_
4. Tindakan jijik dan biadap Lim Guan Eng ini juga sama seperti perkara yang dilakukan oleh Tony Pua, Rafizi Ramli dan sebagainya. Apabila kerajaan menerima pelaburan dari negara China berikutan lawatan Perdana Menteri ke China baru - baru ini, Tony Pua dengan bodohnya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menjual negara kita kepada kerajaan negeri China. Walhal, pelaburan yang dibawa masuk oleh Perdana Menteri dari China adalah untuk merancakkan ekonomi negara melalui pembangunan infrastruktur seperti East Coast Rail Line (ECRL), Bandar Malaysia, dan sebagainya. 



5. Selain itu, pembangkang juga pernah menuduh kerajaan menjual PETRONAS kepada SAUDI ARAMCO ketika lawatan Raja Saudi ke Malaysia beberapa bulan lepas. Ini juga merupakan satu penipuan yang teramat berat apabila SAUDI ARAMCO sebenarnya hanya melabur RM 31 billion ringgit dalam projek RAPID milik PETRONAS. Pelaburan SAUDI ARAMCO ini telah membolehkan PETRONAS menggunakan dana mereka untuk kegunaan projek - projek lain bagi menambahkan pendapatan syarikat seterusnya membantu ekonomi negara.

6. Persoalan sekarang, apa yang pihak pembangkang mahu? Adakah mereka mahu menjahanamkan negara supaya keadaan menjadi kucar - kacir supaya mereka boleh merampas kuasa atau pun mereka mahu negara ini terus maju, makmur dan berjaya sekaligus menjadi antara negara yang terbaik di dunia demi kesejahteraan rakyat di negara ini? Bagi kami di #KLChronicle, mana - mana ahli politik pembangkang yang cuba mensabotaj ekonomi negara mereka merupakan pengkhianat dan wajar dipenjarakan. Tidak ada tempat bagi pengkhianat di negara ini.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget