KL CHRONICLE: Cara membuat laporan polis berkaitan isu media sosial

Tuesday, April 25, 2017

Cara membuat laporan polis berkaitan isu media sosial


Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.



🤔 *Bagaimana*?

01: *Print Screen* perkara atau pun *post* yang ingin diadukan. *COPY link post* tersebut sebagai rujukan untuk PDRM & SKMM. Cetak *Print Screen* tersebut di atas kertas sebagai rujukan untuk ditunjukkan kepada Pegawai Penerima Aduan di Balai Polis terdekat.

02: Pengaduan boleh dibuat melalui *dua (2) cara*, iaitu:

a: *Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis* oleh anggota polis yang menerima pengaduan. atau;

b: *Pengadu menulis sendiri aduannya dalam format MsWord atau pun Text dan disimpan di dalam PenDrive* untuk disalin atau 'copy & paste' di dalam repot di Balai Polis. (Tidak perlu mengisi Borang Pol. 55)

Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian berlaku diluar kawasan balai berkenaan.

🤔 *Menulis sendiri Aduan (repot/laporan)*?

Cara ini merupakan cara yang mudah untuk dipraktikkan kerana anda dapat memberitahu atau pun melaporkan perkara yang ingin diadukan dengan jelas juga padat bersama penerangan-penerangan yang perlu. Ianya juga menjimatkan masa sewaktu berurusan di kaunter pengaduan PDRM.

a: Isikan butir-butir kejadian menggunakan bahasa yang mudah dan tepat.

b: Tulis pengaduan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).

Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2.00.

🤔 *Fakta-fakta diperlukan dalam Aduan (repot/laporan)*?

Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta penting yang diperlukan ialah:

_*a: Apa perkara itu*_?
Kes/kejadian yang hendak diadukan (dilaporkan), misalnya fitnah, penghinaan dan sebagainya.

_*b: Bila/Waktu*_?
Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu.

_*c: Di manakah lokasi anda ketahui post itu*_?
Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah.

_*d: Siapakah individu atau sabjek yang ingin diadukan (dilaporkan)*_?
Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak.

_*e: Bagaimana*_?
Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara ianya (penulisan) dilakukan. Misalnya bagaimana cara individu/sabjek menulis fitnah tersebut (melalui Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram juga medium-medium Mesia Sosial yang lain)

_*f: Akibatnya*_?
Kesan dari post yang individu/sabjek itu lakukan seperti menanggung malu, kerugian perniagaan (anggaran kos), tekanan perasaan yang dialami.

*****
Setelah siap semua ini, cetak kesemuanya dan bersiaplah untuk ke balai Polis terdekat. _Melangkahlah dengan tenang & ceria. Juga dengan hati terbuka_. 😀

Sesampai sahaja di Balai Polis, ambillah nombor giliran & tunggu. *_Anda akan dipanggil sebentar lagi. Kesabaran anda amatlah kami hargai_* (itu tertulis di kertas nombor giliran itu).

Apabila nombor giliran anda dipanggil, dengan penuh berhemah keluarkan semua kertas yang dicetak tadi bersama PenDrive yang dibawa. Terangkan kepada Pegawai yang menerima aduan apakah yang ingin anda laporkan dengan merujuk kepada apa yang telah anda tulis & cetak.

Jika tiada apa-apa perubahan di dalam aduan tersebut, Pegawai akan minta/pinjam PenDrive anda untuk disalin isi laporan yang telah anda sendiri sediakan untuk dimasukkan kedalam sistem penerima aduan PDRM & dicetak oleh PDRM.

Sekian, terima kasih.

*_Selamat mencuba & selamat beramal._* 😎

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget