KL CHRONICLE: Anak Butir Taik Di Pusat Tetapi Di Selangor PAS Dan DAP Bercium Mulut

Wednesday, April 19, 2017

Anak Butir Taik Di Pusat Tetapi Di Selangor PAS Dan DAP Bercium Mulut



Satu perkara yang jadi masalah kepada PAS ialah mereka bercakap di depan macam harimau, tapi di belakang mereka berkelakuan macam kucing bila berdepan dengan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Rusila, Terengganu 10 April lepas menggelarkan DAP sebagai parti 'anak butir taik' parti PAP di Singapura.

Menurutnya, PAP adalah bapa kepada DAP di negara republik berkenaan dan PAP merupakan Kerajaan Pusat di Singapura.



"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana di sana.

Ia difahamkan diadakan sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355) di Dewan Rakyat di Parlimen.

Apakah PAS benar benar benci kepada DAP kerana dilihat gelaran itu hanya ditujukan kepada DAP dalam lingkup nasional sahaja sedangkan di negeri Selangor, PAS dan DAP masih lagi berhubungan erat dan bekerjasama erat dalam kerajaan negeri.

Boleh dikatakan kerjasama PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan DAP umpama seperti sedang bercium mulut dan sukar untuk dipisahkan.

PAS sudah dituduh sayangkan jawatan dan kerusi dalam Kerajaan Negeri kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS memegang jawatan dalam Exco Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kerajaan negeri, ada tiga Exco wakil dari PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut, Iskandar sebelum ini mereka hanya menunggu arahan daripada Presiden iaitu Abdul Hadi sama ada perlu terus kekal atau keluar dari kerajaan negeri.

Ini hanya alasan sahaja yang diberikan Iskandar. Diam diam Iskandar "kawtim" dengan PKR dan DAP di belakang Hadi.

Jika begitu, maksudnya gelaran 'anak butir taik' yang dilemparkan oleh Abdul Hadi kepada DAP adalah sekadar omong kosong sahaja selagi Hadi tidak membuat arahan supaya semua wakil rakyat PAS keluar dari kerajaan negeri di Selangor.

Hari ini, Azmin Ali mempertahankan DAP berunding dengan negara asing dan menempelak tuduhan yang dibuat Hadi Awang. Nampaknya Hadi Awang takut untuk membalas balik serangan Azmin ini. Iskandar pula diam sahaja, mahu jaga jawatan.

Biarpun PAN sudah tekad akan tanding semua kerusi PAS di Selangor, tetapi hubungan PAS dengan PAN dan DAP di Selangor masih lagi berjalan seperti biasa.

Di peringkat Persekutuan, DAP dan PAS sudah tidak mempunyai hubungan kerana DAP sudah memutuskan hubungan dengan mereka ketika dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemudian menubuhkan Pakatan Harapan (PH) tanpa ada PAS di dalamnya.

Pemerhati politik mahu PAS sedar diri dan segera memutuskan hubungan secara betul-betul dengan DAP di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri Selangor.

Jangan berdrama di atas pentas ceramah tapi sebenarnya erat berpegangan tangan serta berpelukan di belakang tanpa pengetahuan para penyokong PAS yang lain.

Lihatlah lakonan PAS Selangor, mereka bukan berimamkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS tetapi kerana kedudukan dan jawatan, mereka pilih mengikut telunjuk pak lebai bernama Azmin Ali. Hadi Awang dah kena main.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget