KL CHRONICLE: @WeeKaSiongmp bidas sikap kurang ajar @LimLipEng dalam isu peruntukan dan bantuan kepada Sekolah Cina

Thursday, March 16, 2017

@WeeKaSiongmp bidas sikap kurang ajar @LimLipEng dalam isu peruntukan dan bantuan kepada Sekolah Cina


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong hari ini membidas sikap kurang ajar Ahli Parlimen Segambut yang mempersoalkan sumbangan MCA kepada pembangunan Sekolah Cina di negara ini. Menurut Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong, jika MCA mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada Sekolah Cina, DAP akan malu besar dengan jumlah yang telah disumbangkan MCA. 




Bagi kami di #KLChronicle pula, suka atau tidak MCA telah membuktikan kemampuan mereka dengan menubuhkan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) melalui hasil usaha mereka dengan dana yang mereka sendiri cari demi masyarakat berbangsa Cina di negara ini. Malah, parti Gerakan juga dengan usaha mereka telah menubuhkan Wawasan Open University yang kini menerima pelajar dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama. 

Tapi yang kelakarnya, DAP sehingga hari ini langsung tidak ada apa - apa untuk ditunjukkan dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan kata Universiti, malah satu tadika pun tidak ada yang dibina dan ditanggung seratus peratus oleh parti DAP. Mereka ini hanya tahu mempersoalkan sumbangan orang lain semata  - mata untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Malah di Pulau Pinang dimana DAP berkuasa, tidak ada satu pun universiti baru yang dibina oleh parti tersebut. Mengapa? 

Kepada penyokong pembangkang yang rajin membaca blog ini, tolong lah nasihat pemimpin anda supaya cermin diri dulu sebelum mempersoalkan apa sumbangan pemimpin - pemimpin BN mahupun MCA dalam pembangunan negara ini. Bagi pengetahuan anda semua, sejak merdeka sehingga sekarang kerajaan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan dan segala pembangunan dan kemajuan yang kita kecapi sekarang ini adalah hasil perancangan dan kepimpinan parti BN.

Pihak pembangkang yang baru dilihat hidup pada tahun 2008, tidak sampai 10 tahun pun lagi jangan terlalu ghairah mempersoalkan jasa kerajaan Barisan Nasional kepada negara ini. BN telah membuktikan yang mereka merupakan kerajaan yang terbaik bagi rakyat di negara ini. Apa sumbangan pihak pembangkang kepada negara ini selain protes, turun demonstrasi, meracuni minda rakyat dan melontarkan fitnah yang tidak berasas supaya rakyat membenci kerajaan. 

Cakap macam bagus sahaja. 

- Ikan Jerung-

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget