KL CHRONICLE: @weekasiongmp bidas pemandu cuai dan tidak bertanggungjawab sebabkan kemalangan maut di Pulau Pinang

Wednesday, March 15, 2017

@weekasiongmp bidas pemandu cuai dan tidak bertanggungjawab sebabkan kemalangan maut di Pulau Pinang


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong hari ini membidas sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu remaja yang telah menyebabkan kemalangan di Pulau Pinang sehingga seorang pemandu Perodua Kelisa maut dan beberapa orang lagi cedera. Dalam kejadian yang berlaku Mohamad Fandi Rosli, 26 maut  di tempat kejadian. Mohamad Fandi baru bernikah pada Disember tahun lepas. 



Memetik kata - kata Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong di akhbar The Star:

"I condemn the irresponsible and deadly driving on the North-South Expressway in Penang that caused the death of a young man and several collisions on Tuesday morning.

"The authorities must prosecute this case to the fullest extent of the law as an example and deterrent against future crimes of this sort," he said in a brief statement.

"Not only was the girl's driving reckless and dangerous, she had also allegedly been high on illicit substances and this we should not tolerate," added Wee.

Kami di #KLChronicle sudah semestinya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong.Ini kerana, menurut laporan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis, suspek remaja wanita tersebut dikatakan mengambil barang terlarang iaitu amphetamine yang menyebabkan remaja tersebut khayal. Dikatakan juga suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi alkohol.

Maklumat - maklumat diatas membuktikan suspek telah cuai dan memandu dalam keadaan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian seorang insan yang tidak bersalah. Kami berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan menyeluruh dan memastikan kertas siasatan yang diserahkan kepada pendakwaraya kukuh supaya suspek dapat dikenakan tindakan setimpal keatas kesalahan yang dilakukan. 

Kami juga sejujurnya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong kerana prihatin akan kes ini. Walaupun suspek berbangsa Cina namun Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong tidak mengambil peduli akan perkara ini. Beliau hanya mahu kes ini disiasat sebaik mungkin dan keluarga mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya.

Terima Kasih Datuk Seri. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget