KL CHRONICLE: @RazlanRafii bidas sikap jijik @N_Izzah & pembangkang

Friday, March 3, 2017

@RazlanRafii bidas sikap jijik @N_Izzah & pembangkang


Gambar-gambar di bawah adalah di antara pemimpin NGO pembangkang dan Nurul Izzah yang telah menghasut 35 keluarga Flat Kerinchi agar tidak menerima tawaran berpindah.



Mereka juga menuduh kerajaan dan Datuk Seri Utama Raja Nong Chik sebagai zalim dan kejam malah bertindak tidak mengikut undang-undang.


Hari ini, di manakah pemimpin NGO ini? Di manakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) ? Di manakah Nurul Izzah ketika 35 keluarga ini tidak menerima kunci unit pangsapuri moden Residensi Kerinchi? 


Bagaimanakah nasib mereka? 

Adakah 35 keluarga tersebut akan diberi rumah lain di Selangor memandangkan PKR mempunyai kuasa dan upaya di negeri tersebut 

Banyak bukti pembangunan terhalang disebabkan pemikiran negatif dan kolot 

PKR yang hanya pandai bermain dengan emosi rakyat semata-mata mahu mencari populariti singkat.

Umum ketahui, pengalaman memiliki wakil rakyat dari PKR dan sekutunya. Nasib rakyat akan diabaikan dan ditinggalkan, langsung tidak diambil peduli selepas mereka meraih keuntungan polulariti dengan pergunakan isu mereka.

Sebagai pemimpin dan orang Melayu malah anak tempatan di Lembah Pantai, Ketua UMNO Bahagian di sini tidak akan tergamak melihat kawan-kawan beliau merempat demi pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hari ini sudah terbukti pembangunan ini membawa gaya hidup dan kemodenan kepada penduduk Flat 4 Tingkat yang dahulunya tidak pernah terfikir bakal menikmati pangsapuri moden di celah-celah kepesatan pembangunan Kuala Lumpur.

Untuk hari-hari mendatang, setiap pembangunan yang bakal dilaksanakan, sebagai rakyat jangan kita mudah termakan lagi dengan hasutan-hasutan jijik oleh PKR. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pernah menyatakan bahawa tugas utama pembangkang adalah untuk terus 'menghasut rakyat'.

Jangan kita kerugian lagi apabila termakan hasutan oleh PKR dan kuncu-kuncunya mereka. Sejarah di Malaysia membuktikan, tidak pernah ada rakyat yang merempat apabila pembangunan semula diadakan di kawasan mereka. 

DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget