KL CHRONICLE: Pertandingan anjuran TSAM : Syed Saddiq akhirnya akui Lim Kit Siang Rasis, Anti Islam dan Diktator?

Thursday, March 30, 2017

Pertandingan anjuran TSAM : Syed Saddiq akhirnya akui Lim Kit Siang Rasis, Anti Islam dan Diktator?


Ketua Parti Bunga Malaysia (PBBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kemaruk untuk dilihat relevan dalam arena politik negara akhirnya telah bersetuju untuk menyahut cabaran Ahli Parlimen Ketereh yang juga Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa untuk menulis esei berkaitan veteran DAP, Lim Kit Siang.



Bagi kami di #KLChronicle, kesediaan Syed Saddiq untuk menulis esei berkaitan Lim Kit Siang ini membuktikan bahawa Syed Saddiq telah bersetuju bahawa Lim Kit Siang merupakan seorang yang rasis, anti Islam dan 51 tahun sebagai seorang diktator dalam arena politik negara. 

Ini kerana, jika kita ingat kembali kenyataan media TSAM, beliau dengan jelas dan terang telah mengumumkan bahawa beliau bercadang mengadakan pertandingan menulis esei mengenai Lim Kit Siang dan hadiah pertandingan bagi pemenang adalah RM 50,000.

Memetik kata - kata TSAM:


"Saya bercadang nak buat pertandingan bagi sesiapa yang boleh buat penulisan sama ada dalam blog, atau Instagram, atau apa-apa bentuk artikel.


"(Ia) bertajuk Lim Kit Siang Dikatakan Rasis, Anti-Islam dan 51 tahun sebagai diktator, adakah benar?," katanya.



Bagi kami, elok juga Syed Saddiq menulis tentang sikap rasis, anti Islam dan sikap diktator Lim Kit Siang ini supaya pihak pembangkang terutamanya mereka yang berada didalam parti Bunga sedar bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pemimpin - pemimpin Anti Islam untuk menjatuhkan kerajaan UMNO - Barisan Nasional. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget