KL CHRONICLE: Pendapat #KLChronicle tentang isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC)

Monday, March 20, 2017

Pendapat #KLChronicle tentang isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC)


Pada 16 Mac yang lalu, Ahli Parlimen Ketereh di dalam persidangan Parlimen telah memberikan pendapat beliau tentang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Apabila kami di #KLChronicle meneliti Hansard Parlimen, kami sebenarnya tertarik dengan kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa dimana kami lihat kebanyakan media, tidak kira sama ada media cetak mahupun media sosial tidak memberikan gambaran sebenar tentang isu UEC ini. 



Pertama sekali, dalam perbahasan beliau, Tan Sri Annuar Musa telah dengan jelas mengatakan bahawa hal pengiktirafan sijil UEC ini merupakan pendapat beliau. Ianya bukan gesaan, paksaan mahupun rayuan dari Ketua Penerangan UMNO ini supaya kerajaan menerima sijil UEC. Ianya hanya merupakan pendapat Tan Sri Annuar Musa. Namun malangnya, ramai orang terlepas pandang perkara ini dan terus menghentam Tan Sri. 

Kedua, ramai mempertikaikan kenapa Tan Sri Annuar Musa membawa isu ini ke Parlimen, dan kenapa bukan dilakukan oleh orang lain i.e. pemimpin  MCA dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa Parlimen merupakan tempat yang paling baik untuk menyuarakan pendapat ini kerana didalam Parlimen terletaknya wakil - wakil rakyat yang mewakili suara rakyat dari seluruh negara. Oleh yang demikian, perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil UEC ini wajar diadakan di parlimen dimana semua wakil rakyat dapat membahaskan hal ini dengan terbuka dan rakyat sendiri dapat menilai pendirian wakil - wakil rakyat mereka.

Tan Sri Annuar Musa membawa isu pengiktirafan sijil UEC ini sebenarnya tidak menjadi isu. Sesiapa sahaja sebenarnya boleh membawa isu ini tetapi yang penting adalah apa yang kita (kerajaan) dapat jika kita mengiktiraf UEC. Ini yang kita harus lihat secara objektif. Sudah semestinya kita memerlukan seseorang yang boleh berdepan dengan Dong Zong dan dengan terbuka berkata bahawa jika Dong Zong mahu kerajaan mengiktiraf UEC, Dong Zong harus buktikan bahawa masyarakat Cina sudah kembali menyokong Barisan Nasional. 

Jika dahulu, kita (kerajaan) sering tertipu dengan kumpulan pelampau seperti Dong Zong ini, yang meminta bantuan atau pertolongan kerajaan dengan menjanjikan sokongan tetapi realitinya apabila bantuan atau pertolongan telah diberi, bila tiba masa untuk mengundi kerajaan langsung tidak mendapat sokongan kumpulan - kumpulan ini. Akhirnya kita ditipu secara terang - terangan. 

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi sekali lagi, sebab itu mungkin pendekatan diambil oleh Tan Sri Annuar Musa sedikit berbeza. Dong Zong diketahui mahukan sijil UEC diikitiraf. Ini kita semua tahu. Tan Sri Annuar Musa, selepas berjumpa Dong Zong membawa isu pengiktirafan ini ke Parlimen. Jadi makna nya kita (kerajaan) telah membantu Dong Zong dengan membawa isu ini ke parlimen.

Apabila ianya dibentangkan, Tan Sri Annuar Musa mendapat tentangan hebat dari rakan dalam UMNO dan NGO - NGO pro Melayu seperti GPMS, PERKASA dan lain - lain. Dong Zong sudah pasti sedar akan perkara ini. Jadi Dong Zong perlu memberi "sesuatu" kepada kerajaan jika mereka mahu sijil UEC ini diiktiraf. Dan kita semua tahu apa yang kita (kerajaan) mahukan adalah sokongan masyarakat Cina. Jika Dong Zong dapat swing sokongan masyarakat Cina kepada BN, MUNGKIN sijil UEC akan diiktiraf oleh kerajaan. The ball is now in Dong Zong's court. Kita tunggu dan lihat apa gerakan mereka seterusnya. 

Jika Tan Sri Annuar Musa sanggup menaruhkan karier politik beliau dalam isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC), kami berharap Dong Zong juga bekerja dua kali ganda lebih untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina kepada BN. Bagi kami di #KLChronicle mudah sahaja, tiada sokongan, tiada pengiktirafan sijil UEC. Full stop. 

Lipan Bara 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget