KL CHRONICLE: Pemuda UMNO Wilayah Desak Teresa Kok mohon maaf

Tuesday, March 14, 2017

Pemuda UMNO Wilayah Desak Teresa Kok mohon maaf


Teresa Kok - Susah Sangatkah Mohon Maaf Kepada Keluarga Pengantin? 

Sekiranya Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok mahu menafikan perkara ini, seelok-eloknya beliau perlu bersikap lebih ikhlas dalam menjawab isu ini di dalam Facebook miliknya.




Sehingga hari ini beliau cuba untuk berdolak dalih mengenai isu sebenar.

Jika beliau mahu melaporkan sesuatu perkara dengan kehadiran wakil media, di mana-mana pun beliau boleh berbuat demikian. Lebih elok lagi beliau menggunakan Parlimen atau terus ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat aduan.

Sebagai Ahli Parlimen, Teresa Kok mempunyai kuasa untuk membangkitkan isu ini dalam sesi parlimen yang kebetulan sedang berlangsung sekarang.

Namun, tidak pelik sekiranya sikap anti pembangunan dan anti orang melayu terus dimainkan oleh beliau bagi mendapat publisiti murahan daripada penduduk sekitar.

Ibu kepada pengantin hadir untuk merayu dan meminta sendiri agar DAP tidak melakukan demontrasi di hadapan lokasi majlis kenduri anaknya, namun ini tidak diendahkan tetapi terus dilemparkan provokasi terhadap keluarganya.

Keluarga pengantin merasa tergganggu dengan kehadiran ramai penyokong DAP bersama dengan sepanduk bendera Amerika Syarikat (AS) dan juga dengan tindakan demontrasi yang berlebihan dan keterlaluan.

Berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak dan keluarga pengantin memohon DAP bersurai namun mereka tidak mengendahkan perkara ini.

Sebagai penduduk tempatan, saya mendesak Teresa Kok memohon ampun dan maaf kepada keluarga pengantin kerana sikap biadap dan kurang ajar beliau serta penyokong DAP yang tidak faham erti sensitiviti ini.

Tidak terlalu sukar sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memahami batasan dan menghormati adab, amalan serta budaya sesebuah bangsa. Teresa Kok sebagai wakil rakyat seharusnya berjiwa besar dan memohon maaf kepada keluarga tersebut dan berikrar tidak akan membuat kacau di majlis keraian atau amalan budaya orang lain.

Sifat orang Malaysia hari ini selama ini amat menghormati budaya di antara sesama kaum, tetapi jika ada orang seperti Teresa Kok dan DAP, rakyat Malaysia akan terus dibelenggu oleh sikap perkauman dan chauvinis mereka ini.

Datuk Razlan Rafii
13 Mac 2017

2 comments:

PASDAPX said...

Salam Admin Blog KL C,

Korang group pro Kerajaan tak perasan ke Blogger GAP main talam bermuka-muka, dulunya bernama Gerakan Anti PKR dan sekarang Gerakan Arus Pembaharuan main strategi slow and steady untuk membaham UMNO BN?

Cuba lihat style postingnya, dia tak balun UMNO BN atau Najib direct tapi dia tabur paku di tepi PM dan orang-orang UMNO. Dan dia amat anti PAS.


Kerana PAS tidak mau berpakat dengan Tun MamakDey, jadi setiap 2-3 hari dia akan keluarkan artikel balun PAS.

Strategi melemahkan dulu PAS sebelum fokus kepada UMNO secara tepat.

Paling ketara, kandungan link bloggers di page nya sekarang sudah menjangkau lebih 50% bloggers BANGANG 93.4% Tun Mamak Chap Bunga.

Dengan rating blog pagenya yang agak tinggi dia telah berikan sepenuh ruang kepada Pakaton terutama kepada geng MamakDey untuk membalun UMNO BN cukup2.

Jangan percaya kalau yang datang dari puak PGayR. Nampak mereka seperti insaf tapi sebenarnya mereka SESUMPAH. Sama seperti Ezam Kotak.

Asal kata dari PGayR lidah mereka bercabang dan kesetiaan mereka TIDAK BOLEH DIPERCAYAAI.

Sebelum blogger pro Kerajaan tersungkur eloklah tubuhkan platform baru dan JANGAN sama sekali meletak keutamaan bersandar pautan kumpulan pro UMNO BN di blog GAP.Tubuhkan satu page baru yang menghimpunkan bloggers pro UMNO BN dengan konsep yang sama digunakan GAP. Pada saya GAP ini semakin pelik dan merbahaya.

Sekarang dedak lumayan dari Chap Bunga telah ditawarkan.. muka depan lain dalam perut lain.. HATI-HATI2 ya sahabat2...

Wassalam

Mrs Ab Hakam said...

Tuan punya majlis, sila saman si Teresa ini kerana mengganggu majlis anda, membuat kecoh dan provokasi tak tentu pasal. Mohon maaf tk mencukupi, yg penting pengajaran.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget