KL CHRONICLE: Pemeriksaan Awam ECRL, peluang rakyat beri komen & pendapat Cc @SPADChannel

Wednesday, March 8, 2017

Pemeriksaan Awam ECRL, peluang rakyat beri komen & pendapat Cc @SPADChannel


Baru - baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Sesi Pemeriksaan Awam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemeriksaan awam yang dilakukan oleh SPAD ini akan membolehkan orang ramai melihat dengan lebih dekat projek ECRL ini dan memberikan pendapat serta komen mereka bagaimana projek ini akan memberi lebih manfaat kepada rakyat. 



Bagi kami di #KLChronicle, kami sangat terjuga dengan projek ECRL ini yang membabitkan cadangan laluan kereta api elektrik dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 kilometer. Projek ini dijangka dimulakan pembinaannya pada Julai tahun ini dan siap pada Tahun 2024. 

Memandangkan projek ini mendapat banyak tentangan daripada pihak pembangkang, terutamanya parti DAP, kami di #KLChronicle menggalakkan orang ramai untuk turun sendiri ke pemeriksaan awam ECRL yang dianjurkan oleh SPAD ini supaya anda dapat melihat sendiri komitmen kerajaan dalam membelanjakan hampir RM 50 billion bagi membangunkan kawasan Pantai Timur. 

Menurut kenyataan Perdana Menteri, projek ECRL penting untuk mengurangkan jurang pembangunan antara pantai timur dan pantai barat malah menerusi projek ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka bertambah 1.5 peratus. Bukankah ini satu perkara yang baik dan akan menguntungkan penduduk di Pantai Timur?

Kami di #KLChronicle cuma berharap warga kota dan jika boleh warga Pantai Timur untuk turun sendiri dan melihat pembangunan ECRL di ibu pejabat SPAD. Berikan pendapat anda dan sudah pastinya semua pendapat ini akan diambil berat dan dinilai oleh pihak kerajaan. Input dari rakyat amat penting supaya projek ini mencapai objektifnya untuk membantu meningkatkan kehidupan sosio ekonomi rakyat di Pantai Timur dan sekaligus memudahkan mereka bergerak dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur. 

Bukankah ini yang kita semua mahukan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget