KL CHRONICLE: Pecat semua ahli Railway Union Malaysia (RUM)

Tuesday, March 28, 2017

Pecat semua ahli Railway Union Malaysia (RUM)

KTMB dirosakkan dari dalam oleh Ahli - ahli RUM
Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi telah memberi jaminan bahawa 4,000 orang kakitangan KTMB tidak akan dibuang akibat Railway Network Access Agreement (RNAA) antara KTMB dengan Railway Assets Corporation (RAC).



Namun malangnya dan lazim sikap - sikap kesatuan pekerja, RUM tidak berpuas hati dengan kenyataan Timbalan Menteri malah ada yang mengugut untuk mengundi DAP jika RNAA dilaksanakan. 

Bagi kami di #KLChronicle, ahli - ahli RUM ini elok sahaja dipecat dari bekerja di KTMB supaya mereka ini boleh menjadi ahli politik sepenuh masa. Sudah la KTMB rugi beratus juta setiap tahun, duit rakyat pula yang terpaksa digunakan untuk bailout KTMB.

Kerajaan wajar mengambil tindakan tegas seperti mana yang diambil terbadap MAS sebelum ini dimana 6,000 kakitangan diberhentikan akibat consolidation and streamlining of operations. 24 bulan selepas proses ini selesai MAS kini menunjukkan tanda positif dalam membuat keuntungan didalam perniagaan mereka.

Apa istimewa nya ahli - ahli RUM ini yang mereka tidak boleh dipecat. Bagi kami mereka ini hanya merupakan parasit didalam KTMB yang akan akan merosakkan syarikat. Malah, campur tangan RUM dalam soal dasar, polisi serta  bagaimana KTMB patut melakukan model perniagaan mereka is way out of line. 

Sudah la perkhidmatan teruk, ada pula persatuan yang sibuk menghentam kerajaan dan bermain politik. Macam mana nak maju? 

Lipan Bara 

2 comments:

PUTRA CHUBADAK said...

DONT BITE THE FINGER THAT FEED US. TIDAK MENGENANG BUDI NAMA JIKA ADA MASALAH SEDIKIT NAK SOKONG DAP. APA BENDA YANG DAP BANTU KORANG HA? KALAU DAPAT KUASA, DAP AKAN HAPUSKAN IDENTITI KERETA API TANAH MELAYU (PERKATAAN MELAYU TU).AKAN JADI KERETAPI SDN BHD. MUHASABAHLAH DIRI WAHAI AHLI DAN KEPIMPINAN RUM

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget