KL CHRONICLE: #PadanMuka Ahli Parlimen @DAPMalaysia Lim Lip Eng bakal disaman MCA

Friday, March 17, 2017

#PadanMuka Ahli Parlimen @DAPMalaysia Lim Lip Eng bakal disaman MCA



Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng bakal disaman oleh Malaysia Chinese Association (MCA) kerana mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung tuduhan bahawa **MCA menggunakan wang kerajaan persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina**. Tindakan memfitnah parti Barisan Nasional (BN) merupakan satu taktik biasa yang dipakai oleh DAP menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.





Oleh kerana fitnah Lim Lip Eng ini merupakan satu fitnah serius yang akan merosak kan imej MCA dimata masyarakat berbangsa Cina di negara ini, MCA telah mengambil keputusan memberi masa tujuh (7) hari kepada Lim Lip Eng untuk memohon maaf kepada MCA dan jika tidak, tindakan undang - undang akan diambil terhadap Lim Lip Eng. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan MCA ini adalah wajar dan tepat pada masanya. 


Lim Lip Eng, bakal disaman MCA kerana memfitnah
Umum ketahui bahawa menjelang PRU ini, ramai pemimpin pembangkang akan mula memfitnah pemimpin kerajaan serta parti - parti didalam BN. Siapa boleh lupa fitnah Nurul Izzah terhadap Datuk Raja Nong Chik (DRNC) sehingga DRNC kalah di Lembah Pantai, fitnah 40,000 bangla konon nya mengundi di PRU yang lepas serta fitnah Rafizi Ramli bahawa cincin Datin Seri Rosmah Mansor berharga RM 24 juta dan apabila didapati bersalah oleh mahkamah beliau mengatakan ianya hanya merupakan satu gurauan. 

Lagi satu taktik pembangkang yang biasa mereka gunakan adalah pertama mereka akan memfitnah pemimpin kerajaan dan parti - parti BN, apabila mahkamah mendapati mereka bersalah mereka akan mengatakan mahkamah konon nya "tidak adil" dan sudah "dibeli" kerajaan. Kemudian modal ini mereka akan gunakan untuk berkempen ke serata negara mengatakan tidak ada kebebasan bersuara di negara ini. 

Namun malangnya,taktik lapuk dan jijik pihak pembangkang ini masih boleh digunakan kerana terdapat ramai macai yang mudah tertipu dengan puak pembangkang terutamanya dari DAP dan PKR. Agak malang bagi negara kita walaupun sudah maju, tetapi daya pemikiran penyokong pembangkang ini masih ditahap yang sangat rendah (Low IQ) yang mudah kena tipu dan diperdaya. Sebab itu pembangkang di Malaysia mempunyai ramai penyokong, sebab penyokong mereka semuanya yang Low IQ dan mudah ditipu. 

Adakah anda salah seorang penyokong pembangkang?

Kepada Lim Lip Eng, jangan sembang kencang tentang sumbangan MCA kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sehingga hari ini sudah beratus juta kerajaan BN dan MCA membantu SJKC tetapi DAP, jangan kata beri sumbangan wang ringgit, satu sekolah tadika pun parti ini tidak pernah buat untuk masyarakat berbangsa Cina, lagi ada hati nak kutuk MCA. Apa punya DAP, low class parti sama macam penyokong mereka. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget