KL CHRONICLE: Operasi "Ops Khas Parasit ", SPAD tangkap dua ulat teksi di #KLIA2

Tuesday, March 21, 2017

Operasi "Ops Khas Parasit ", SPAD tangkap dua ulat teksi di #KLIA2


Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), terutamanya kepada Bahagian Penguatkuasaan kerana telah dengan jayanya terlibat dalam melaksanakan Operasi Khas Parasit bertempat di sekitar kawasan Terminal 2 KLIA, Sepang, Selangor.  Operasi ini telah memberi tumpuan kepada aktiviti "Memujuk atau Mendesak/Mengulat bagi menawarkan perkhidmatan kereta sapu dan teksi terhadap orang awam/warga asing yang bari tiba di KLIA2. 



Hasil dari operasi yang dijalankan, SPAD telah berjaya menahan dua (2) orang lelaki rakyat Malaysia yang disyaki memujuk orang awam/warga asing yang baru tiba di KLIA 2 untuk menggunakan perkhidmatan kereta sapu secara tidak sah.  Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 - yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 50 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua duanya.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang diambil oleh SPAD ini adalah satu tindakan yang baik. Ini kerana umum ketahui bahawa lapangan terbang seperti KLIA dan KLIA 2 merupakan "pintu masuk" ke negara ini. Ramai warga tempatan dan pelancong selalunya akan menilai negara ini melalui perkhidmatan - perkhidmatan yang ditawarkan di lapangan terbang. 

Jadi apabila pelancong yang tiba di Malaysia ditawarkan perkhidmatan kereta sapu yang harganya jauh lebih tinggi dari harga teksi bermeter atau teksi berkupon, ini sudah semestinya memberikan imej yang buruk terhadap negara malah imej yang buruk terhadap industri teksi di negara kita. Ini yang cuba dielakkan oleh SPAD dimana semua pemandu teksi dan orang tempatan perlu mengikut undang - undang yang sedia ada. 

Akhir sekali, syabas sekali kepada SPAD kerana melakukan operasi membanteras ulat di KLIA 2 dengan tertib dan berhemah tanpa sebarang insiden yang tidak di-ingini berlaku. Tidak pernah lagi kita dengar mana - mana operasi SPAD kecoh dimana ada pergaduhan, kecederaan dan sebagainya. Semua operasi SPAD dijalankan dengan sangat berjaya tanpa sebarang masalah. Mungkin agensi - agensi lain boleh mencontohi sikap profesionalisma pegawai penguatkuasa SPAD. 

Ape pendapat pembaca?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget