KL CHRONICLE: @LiowTiongLai perli DAP sebagai parti anak dan bapa, amalkan pemerintahan diktator

Wednesday, March 15, 2017

@LiowTiongLai perli DAP sebagai parti anak dan bapa, amalkan pemerintahan diktator


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membidas parti anak dan bapa DAP sebagai sebuah parti yang mengamalkan pemerintahan diktator sehingga beratus - ratus ahli parti yang marah dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng meninggalkan parti tersebut. Ini susulan dari tindakan 182 orang ahli akar umbi parti DAP di Melaka yang keluar parti kerana tidak puas hati akan kepimpinan kedua anak beranak ini. 


Memetik kata  - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai,


"Selain Kit Siang anak Guan Eng juga mengamal kan cara kepimpinan parti keluarga seperti Kit Siang and son" kata Datuk Liow.

"Sudah hampir 40 tahun kita lihat cara kepimpinan diktator ini di amal kan dalam DAP dimana Kit Siang masih berada di situ juga" ujar Liow.


Bagi kami di #KLChronicle, kami juga bersetuju dengan penilaian serta analisis yang dilakukan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai ini. Jika dilihat dari sejarah penubuhan parti politik di Malaysia, hanya DAP sahaja yang masih mengekalkan pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang dari era tahun 1960an. Parti - parti lain di Malaysia sudah menukar pemimpin mereka ke yang lebih muda tetapi DAP masih di takuk lama. 

Ini membuktikan bahawa apa yang DAP canangkan selama ini kononya mereka mengamalkan demokrasi didalam parti adalah merupakan satu penipuan semata - mata. Ini kerana tidak ada sebarang keputusan didalam DAP yang berlaku tanpa perkenan atau pun persetujuan dari Lim Kit Siang. Ini berlaku sejak tahun 1969 lagi dan semua pemimpin DAP perlu melafaskan taat setia kepada Lim Kit Siang supaya mereka terus kekal dalam parti.

Jika mana - mana pemimpin tidak taat setia kepada Lim Kit Siang, mereka akan dipulaukan dan akhirnya pemimpin ini sendiri akan keluar dari parti kerana tidak tahan dengan sikap Lim Kit Siang dan anak beliau. Itu yang berlaku juga di Melaka apabila tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen keluar dari parti kerana kecewa dengan pemerintahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Persoalanya sekarang, adakah rakyat mahukan diktator seperti Lim Kit Siang sebagai pemimpin tertinggi kerajaan?

1 comment:

lat said...

Semoga semua yang keluar DAP tersebut akan menyertai MCA..Alhamdulillah..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget