KL CHRONICLE: Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST?

Thursday, March 2, 2017

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST?


Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa. Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian kosnsesi berat sebelah.



Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.
Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja.

Sistem LRT terpaksa diambil alih dengan kos projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai?

Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Bila ini terjadi kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila kerana menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.

(Ini adalah respon saya kepada jawapan melalut penyokong Mahathir dalam entri sebelum ini: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10212359107153154)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget