KL CHRONICLE: Enam kejayaan Perdana Menteri @NajibRazak sebagai Menteri Kewangan Malaysia

Wednesday, March 29, 2017

Enam kejayaan Perdana Menteri @NajibRazak sebagai Menteri Kewangan Malaysia


Prestasi DS Najib sebagai seorang menteri kewangan boleh di ukur dengan kejayaan yang di capai:-

1. Defisit bajet di kurangkan dari 6.9% pada tahun 2009 hingga ke 3.1% tahun 2016.

2. Rating oleh ketiga-tiga rating agency antarabangsa meletakkan Malaysia di dalam kumpulan "A" (Moodys, Fitch dan Standard & Poors).



3. Melaksanakn GST walaupun tidak seorang PM sebelum ini berani membuatnya kerana takut akan political backlash sungguhpun GST telah di pertimbangkan sejak zaman Tun M.

4. Berani melupuskan subsidi-subsidi minyak dan gas serta beberapa komoditi yang lain.

Subsidi minyak pada tahun akhir sebelum di rasionalisasikan menelan hampir 13% daripada bajet negara (2014).

5. Mengurangkan kebergantungan hasil minyak dan gas ke atas sumbangan kepada KDNK negara dari 34% kepada 14% sekarang.

Kalau ini tidak di buat, bayangkan impak kepada ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak.

6. Melancarkan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM60 bilion sebagai respons dalam tahun 2009 kepada krisis kewangan ekonomi dan kewangan tahun 2008.

Tanpa pakej ransangan ini, negara akan terjerumus dengan lebih lama dalam kegawatan. 

Sebaliknya KSNK negara pada tahun 2010 melonjak kepada 7%.

Buat maklum penyokong pembangkang, saya ada kenalan di dalam industri public relations antarabangsa.

Beliau memberitahu saya bahawa majalah yang menamakan PMNajib sebegitu adalah hasil suatu agensi PR antarabangsa yang telah di bayar. Ini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan penyokong - penyokong pembangkang.

KDNK negara pada tahun lepas adalah 4.2%.

Tahun ini di jangka naik ke 4.5%. Pertumbuhan ini di jangka lebih baik dengan pemulihan dalam eksport negara kerana kenaikan aktiviti ekonomi dari US dan China yang juga telah mula memberi peningkatan dalam harga minyak kelapa sawit dan harga minyak.

Dengan pelaburan beratus bilion ringgit dari luar negara juga di jangka akan memberi ribuan peluang pekerjaan.

Walau apa pun, saya fikir penyokong pembangkang tidak faham perkara 1-6 tersenarai di atas kerana ada kemungkinan tahap pengetahuan mereka tidak kesampaian.

Terima kasih.

Saifol Bahari Baharom

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget