KL CHRONICLE: Datuk Rizalman Mokhtar bidas sikap "Buta Kayu" Bendahari PKR

Friday, March 31, 2017

Datuk Rizalman Mokhtar bidas sikap "Buta Kayu" Bendahari PKR


KENYATAAN DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW BENDAHARI AGUNG PKR SEPERTI ORANG BUTA KAYU DAN BERNIAT JAHAT

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah mengeluarkan kenyataan dan tuduhan kononnya Menteri Wilayah Persekutuan hanya tahu membodek YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sehingga lupa tugas-tugas untuk membela isu-isu rakyat di bandar terutamanya isu perumahan, kemiskinan dan gelandangan.


Saya anggap kenyataan beliau seolah-olah seorang buta kayu dan umpama baru keluar dari gua.Tuduhan beliau seperti menafikan segala usaha yang telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sekiranya beliau tidak tahu atau terlupa biar saya senaraikan sebahagian dari apa yang telah YB Menteri Wilayah Persekutuan lakukan untuk kepentingan warga Wilayah Persekutuan.

1. Bagi membela nasib gelandangan, beliau telah mengarahkan DBKL menubuhkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Bulatan Pahang.

2. Menyasarkan dan memastikan pembinaan 80,000 Ribu unit Rumah Mampu Milik melalui Program RUMAWIP bagi menyelesaikan keperluan rumah di bandar.

3. Mengusahakan Rumah Transit untuk pasangan baru kahwin dengan bayaran RM250 sebulan.

4. Memastikan DBKL terus mengekalkan kadar sewa rumah PPR dan PPA DBKL dengan kadar bayaran RM124 sebulan atau RM4.20 sehari. 

5. Mengarahkan DBKL menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak yang tinggal di PPR dan PPA DBKL.

6. Menyediakan pengangkutan bas percuma dalam Bandar melalui Program GO KL Free City Bus Services.

7. Memperuntukkan dan melaksanakan pembinaan Parking Bertingkat di 13 kawasan PPR bagi menyelesaikan masalah Parking.

8. Menyediakan bantuan awal persekolahan, biasiswa, pembiyaan awal kemasukan IPTA/IPTS melalui Yayasan Wilayah Persekutuan.

9. Menyediakan bantuan dan pinjaman melalui Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mereka yang ingin membeli dan memiliki rumah PPR. 

10. Melancarkan dan mengusahan Kad Ceria yang berupa diskaun Kad bagi membolehkan rakyat Wilayah Persekutuan berbelanja dengan lebih murah di kedai-kedai yang menyertai Program Kad Ceria bagi mengurangkan Kos Sara Hidup.

Cukup saya senaraikan 10 perkara dan usaha yang telah dilakukan oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur dan selebihnya saya minta Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk cari sendiri dan rajin-rajinlah membaca. 

Saya percaya dalam dunia komunikasi tanpa sempadan hanya orang yang tidak tahu membaca akan rugi dan akan ketinggalan.

Datuk Rizalman Dato Mokhtar
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
30 Mac 2017

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget