KL CHRONICLE: Akibat termakan hasutan Nurul Izzah, 34 keluarga gagal dapat rumah percuma di Lembah Pantai

Sunday, March 5, 2017

Akibat termakan hasutan Nurul Izzah, 34 keluarga gagal dapat rumah percuma di Lembah Pantai


Baru - baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah melancarkan projek #ResidensiKerinchi, sebuah pangsapuri moden 18 tingkat yang menggantikan perumahan flat empat tingkat di Kampung Kerinchi, didalam kawasan Parlimen Lembah Pantai. 




Bagi mereka yang tidak tahu, dianggarkan nilai sebuah pangsapuri Residensi Kerinchi bernilai RM500,000, jauh berbeza dengan satu unit flat tingkat yang didiami penduduk terdahulu iaitu sekitar RM50,000. Malah rumah RM 500,000 ini diberikan secara percuma oleh kerajaan kepada mereka yang tinggal di flat kampung kerinchi. 


Namun agak menyedihkan apabila 34 keluarga penduduk asal flat kampung Kerinchi tidak mendapat apartment Residensi Kerinchi ini secara percuma mereka telah membantah pembangunan Residensi Kerinchi ini dan tidak menandatangani perjanjian pembangunan yang ditawarkan. 

Lebih malang lagi, tidak ada sepatah perkataan pun yang tertulis memberi jalan penyelesaian, tidak ada secoret pun simpati kepada mereka yang terkesan hasil tindakan beliau, jauh sekali mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan. Akhirnya yang rugi adalah 35 keluarga malang ini dan anak cucu mereka.

Bagi kami di #KLChronicle, Nurul Izzah ini memang merupakan seorang ahli Parlimen yang langsung tidak bertanggungjawab dan tiada langsung perasaan simpati. Kami berharap kejadian di Lembah Pantai ini menjadi pengajaran kepada rakyat supaya tidak lagi mengundi Nurul Izzah mahupun pemimpin PKR. Kerana terbukti mereka semua kaki penipu. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget