KL CHRONICLE: #DemiRakyat Projek naik taraf KVDT sudah 28%, bakal siap penghujung 2019 Cc @SPADChannel

Monday, February 27, 2017

#DemiRakyat Projek naik taraf KVDT sudah 28%, bakal siap penghujung 2019 Cc @SPADChannel


Pada 16 Disember 2016 yang lalu, kami di #KLChronicle telah menerbitkan satu artikel dimana kami telah memetik kata - kata Yang Berhormat Menteri (YBM) Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dalam artikel tersebut, YBM telah menyuarakan harapan beliau supaya tempoh masa tunggu tren KTM Komuter menjadi hanya 90 saat sahaja.Bagi merealisasikan impian ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.4 billion bagi satu projek yang dinamakan Klang Valley Double Track (KVDT) system.  




Projek yang telah bermula sejak pertengahan tahun lalu itu kini telah hampir 28% siap dan keseluruhan projek dijangka siap menjelang penghujung tahun 2019. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat oleh kontraktor yang terlibat serta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memandangkan projek ini membabitkan landasan sejauh 42 kilometer melibatkan jajaran Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu. 

Memetik kata - kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek bernilai RM 1.4 billion dari peruntukan kerajaan ini membabitkan:
  1. Kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu  Berhad (KTMB)
  2. Naik taraf sistem isyarat (signaling system) 
  3. Penaiktarafan sistem janaan kuasa dan distribution elektrik
  4. Pemasangan sistem radio metra

Bagi kami di #KLChronicle, komitmen kerajaan Barisan Nasional melalui SPAD wajar diberi pujian. Walaupun terdapat pelbagai fitnah mengatakan konon nya kerajaan hampir muflis namun Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak tetap terus komited dan istiqamah dalam menjalankan Transformasi Pengangkutan Awam yang diperjuangkan oleh beliau. SPAD, sebegai satu suruhanjaya yang terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri terus menjadi pemudah cara serta pemangkin supaya program Transformasi ini dijayakan. 

Ini berbeza dengan sikap pihak pembangkang yang hanya tahu melemparkan fitnah dan tohmahan tetapi langsung tidak memberikan idea - idea yang baik demi pembangunan negara mahupun kesejahteraan rakyat. Akhir sekali, penghujung tahun 2019 rakyat bakal menyaksikan tempoh menunggu tren KTM Komuter turun ke hanya 90 saat dan ini sudah pastinya satu perkara yang memberi manfaat kepada semua warga kerja Kuala Lumpur & Selangor. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget