KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kerajaan & SPAD mungkin turunkan harga lesen Public Service Vehicle (PSV)

Thursday, February 23, 2017

#DemiRakyat Kerajaan & SPAD mungkin turunkan harga lesen Public Service Vehicle (PSV)


Umum ketahui bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah diamanahkan oleh kerajaan persekutuan untuk menambahbaik dan meningkatkan mutu pengangkutan awam darat di negara ini. Salah satu cara untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam darat selain membeli "hardware" baru adalah dengan mempunyai pemandu - pemandu yang berkualiti. 



Menyedari hakikat ini, beberapa kajian telah dilakukan oleh SPAD dan menunjukkan bahawa negara ini terdapat kekurangan pemandu - pemandu bas ekspress. Apabila dilihat dan dikaji dengan teliti, antara sebab mengapa terdapat kekurangan pemandu bas ekspress adalah kerana harga untuk mendapatkan lesen Public Service Vehicle (PSV) dikatakan mahal dan membebankan sesetengah pihak. 

Selain itu, jumlah "remuneration" atau gaji pemandu bas ekspress yang rendah juga menyebabkan tidak ramai dari rakyat Malaysia yang ingin menjadi pemandu bas disamping bebanan tugas yang sangat berat yang terpaksa dipikul jika melakukan perjalanan atau trip yang jauh. 

Menyedari masalah yang timbul ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Hajah Nancy telah mengeluarkan kenyataan dimana kerajaan akan mungkin menurunkan harga lesen PSV bersesuaian dengan keadaan semasa serta kaedah kelulusanya yang mungkin akan diteliti semula. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan yang bakal dilakukan oleh kerajaan ini sangat wajar dan tepat pada masanya. 

Ini kerana, umum ketahui bahawa keluhan pemandu bas di negara ini adalah bahawa gaji yang dibayar oleh majikan tidak setimpal dengan tugas yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, akibat lesen yang terlalu tinggi jumlah pemandu bas juga berkurangan menyebabkan kebanyakan pemandu bas yang kita ada sekarang "overwork" sehingga menjejaskan prestasi kerja mereka. 

Oleh itu memang sesuai kerajaan mengkaji semula harga serta kaedah kelulusan lesen PSV ini supaya ianya memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Ini juga membuktikan kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan bertindak dengan pantas bagi memastikan segala masalah yang dibangkitkan diselesaikan dengan sebaik mungkin. 




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget