KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kerajaan haramkan Dego Ride Cc @MOTMalaysia @LiowTiongLai

Wednesday, February 15, 2017

#DemiRakyat Kerajaan haramkan Dego Ride Cc @MOTMalaysia @LiowTiongLai


Menyedari bahawa perkhidmatan bonceng motosikal seperti Dego Ride semakin berleluasa di negara ini, kerajaan melalui keputusan sebulat suara mesyuarat kabinet telah memutuskan bagi mengharamkan perkhidmatan Dego Ride kerana ianya mendatangkan risiko kepada orang ramai. Memetik kata  - kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai:



“Kementerian Pengangkutan tetap dengan keputusan sebelum ini bahawa kita tidak sesekali membenarkan perkhidmatan itu beroperasi di negara ini.


“Namun kita amat mengalu-alukan pengusaha Dego Ride sekiranya mahu berjumpa dengan saya untuk beri penjelasan. Saya amat terbuka dalam soal ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.


Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kenyataan Menteri Pengangkutan itu ada benarnya. Ini kerana umum ketahui bahawa Dego Ride ini merupakan satu perkhidmatan "ala UBER/Grabcar" yang menggunakan motosikal oleh itu ianya sangat berbahaya kepada orang ramai. Cuba bayangkan jika pengguna perkhidmatan Dego Ride ini terlibat dalam kemalangan, siapakah yang akan bertanggungjawab?

Ini yang dirisaukan oleh pihak kerajaan. Jika apa - apa berlaku dan tidak ada insurans coverage, orang ramai terutamanya netizen yang konon serba tahu segala hal akan menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak tegas dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengharamkan Dego Ride yang tidak mempunyai lesen operasi yang sah. 

Oleh yang demikian, sebelum apa - apa terjadi, kerajaan mengambil langkah proaktif untuk mengharamkan Dego Ride selagi syarikat tersebut tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan. Ini juga sebahagian dari langkah kerajaan melindungi hak serta pengguna dan orang awam. Bukankah ini satu langkah yang bagus?

Akhir sekali, syabas dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana peka dan mendengar denyut nadi rakyat. Rakyat sudah menyuarakan kebimbangan mereka dengan perkhidmatan Dego Ride ini dan menyedari hakikat ini YB Menteri telah mengambil tindakan yang sewajarnya. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget