KL CHRONICLE: #DemiRakyat #JanjiDitepati SPAD lancar Makmal Transformasi Bas Ekpress

Tuesday, February 21, 2017

#DemiRakyat #JanjiDitepati SPAD lancar Makmal Transformasi Bas Ekpress


Pada 6 Januari 2017, kami di #KLChronicle telah menyiarkan satu artikel berkaitan rancangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang ingin menubuhkan satu makmal Transformasi Bas Ekspress susulan kejadian kemalangan maut yang meragut 14 nyawa yang berlaku di Johor pada 24 Disember 2016 yang lalu. (Rujuk : http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/01/spad-akan-menubuhkan-makmal-bas-bagi.html)




Makmal Transformasi Bas Ekspress ini akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta  peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

Semalam 20 February 2017 secara rasminya kerajaan telah melancarkan "Makmal Transformasi Bas Ekspress" di Pusat Konvensyen Sime Darby dengan harapan segala permasalahan tentang industri ini dapat diselesaikan melalui input serta pendapat pakar - pakar dari agensi kerajaan, persatuan - persatuan pengangkutan awam, NGOs, pengguna serta orang ramai.

"Terms of Reference" bagi "Makmal Transformasi Bas Ekspress" juga telah ditetapkan dimana 5 kategori  telah di kenal dan akan dibincangkan di dalam makmal ini. 5 Kategori tersebut adalah:

  1. Model perniagaan
  2. Keselamatan standard dan teknologi
  3. Kebolehcapaian 
  4. Sumber tenaga & kepakaran pemandu 
  5. Strategi lautan biru Nasional & komunikasi
Bagi kami di #KLChronicle, kami berterima kasih keatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh SPAD serta kesungguhan suruhanjaya ini meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini terutamanya perkhidmatan bas ekspress. Dalam tempoh hanya 5 minggu, harapan kerajaan yang disuarakan oleh Datuk Seri Hajah Nancy untuk mewujudkan makmal transformasi bas ekspress telah direalisasikan. 

Ini membuktikan juga kesungguhan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget