KL CHRONICLE: SPAD bakal kendalikan bengkel bagi bincang rombakan industri pengangkutan awam

Wednesday, January 4, 2017

SPAD bakal kendalikan bengkel bagi bincang rombakan industri pengangkutan awam



Melihat kembali kepada kes kemalangan maut melibatkan Bas Ekspress Alisan yang telah menyebabkan 14 orang maut pada bulan lepas, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nad­zri Siron telah mengesahkan bahawa satu bengkel akan diadakan bagi membincang rombakan industri pengangkutan awam negara. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 



Memetik kata - kata Datuk Nad­zri Siron;
“Antara usul yang akan dikemukakan adalah penyediaan dua pemandu bagi perjalanan lebih 300 kilometer, pemasangan alat khas kawalan had laju dan sistem pengesan global serta pematuhan terhadap peraturan jalan raya lain seperti tidak memandu secara bahaya iaitu menggunakan telefon dan merokok. 
“Di samping itu, kami juga ingin meminta SPAD melihat semula mekanisme yang digunakan bagi membenarkan aktiviti menyewa lesen perniagaan dan permit bas ekspres,” 

Bagi kami di #KLChronicle, kerjasama antara SPAD dan JPJ ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan bagus. Ini kerana, umum ketahui bahawa terdapat banyak kes kemalangan yang berpunca akibat kecuaian pemandu seperti memandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan. Apabila siasatan dijalankan, rupa nya pemandu dan bas tersebut mempunyai tunggakan saman yang banyak namun tiada tindakan diambil.

SPAD dari segi undang - undang tiada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak membayar saman atau sebagainya, ini adalah dibawah kuasa dan bidang JPJ mengikut AKTA PENGANGKUTAN 1987 (Rujukan : http://www.jpj.gov.my/documents/10157/eda056ab-7fa1-40f2-b828-469b4520cf8a).

Oleh yang demikian, bila terdapat kerjasama antara SPAD dan JPJ, sudah pastinya pemandu dan syarikat bas akan lebih berhati - hati kerana mereka tahu jika mereka tidak mematuhi undang - undang JPJ boleh mengambil tindakan dan mungkin lesen mereka digantung. 

Apabila lesen mereka digantung, mereka tidak lagi mampu menjalankan perniagaan dan pendapatan mereka akan terjejas. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget