KL CHRONICLE: Rasuah di PUSPAKOM, @LiowTiongLai dan @MOTMalaysia beri kerjasama penuh kepada SPRM

Tuesday, January 3, 2017

Rasuah di PUSPAKOM, @LiowTiongLai dan @MOTMalaysia beri kerjasama penuh kepada SPRM



Menyedari bahawa terdapat banyak rungutan dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sehingga timbul ura - ura bahawa kakitangan PUSPAKOM mengambil rasuah untuk "melancarkan" urusan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memberi jaminan penuh bahawa Kementerian Pengangkutan akan beri kerjasama penuh kepada SPRM untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan. 


Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:

"Saya mahu Puspakom meningkatkan aspek kawal selia, sekiranya terdapat sebarang dakwaan saya menggalakkan SPRM memasuki Puspakom,'' 

Isu ini timbul apabila terdapat seorang pembaca didalam ruangan Forum Utusan Malaysia yang menggesa SPRM mengintai kepincangan dalam PUSPAKOM berkaitan isu rasuah yang didakwanya memberi kesan kepada keselamatan awam. Bagi kami di #KLChronicle, jaminan yang diberi oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai membuktikan bahawa beliau tidak ada apa - apa untuk disembunyikan dan telus mahu SPRM "membersihkan" PUSPAKOM jika terdapat salah guna kuasa. 

Ini menunjukkan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberikan penekanan yang penting kepada isu - isu keselamatan yang melibatkan rakyat dan jika terdapat sebarang kesalahan dari segi undang - undang yand dilakukan oleh PUSPAKOM, tindakan tegas wajar diambil oleh pihak yang berwajib. Apa pengalaman anda ketika berurusan dengan PUSPAKOM? Adakah mereka telus dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget