KL CHRONICLE: Netizen kesal DAP Pulau Pinang lantik semula individu hina Sultan Johor ke jawatan Ahli Majlis PBT

Friday, January 6, 2017

Netizen kesal DAP Pulau Pinang lantik semula individu hina Sultan Johor ke jawatan Ahli Majlis PBT



Netizen hari ini melahirkan rasa marah dan kesal mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab parti cina rasis DAP yang telah melantik semula Satees Muniandy, Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P.Ramasamy (Rujukan) sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Majlis Daerah Seberang Perai. 



Pada 7 November 2016 yang lalu, Tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) telah membuat tiga laporan polis terhadap Satees Muniandy setelah melihat kenyataan yang dimuat naik di laman sosial oleh Satees yang didakwa sebagai kenyataan biadap.


"Kami mengharapkan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kesahihan kenyataan itu dan ambil tindakan sewajarnya kerana tindakan Satees itu sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini Isnin.

Pada Khamis (3 Nov) lepas Sultan Ibrahim bertitah di Majlis Himpunan Bangsa Johor menegur seorang bekas pemimpin negara yang terkenal di dunia kerana menyokong demonstrasi jalanan.

"Di negeri Johor, saya tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan kerana ia akan mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej yang tidak baik.

"Oleh itu, saya ingatkan kepada semua NGO di Johor dan semua bangsa Johor supaya jangan mengikut budaya yang sesat ini," titah baginda.

Susulan titah baginda itu satu status dimuat naik dalam akaun Facebook dipercayai milik Satees pada hari yang sama, memberi komen mengenai larangan itu.

P/S : Apa status siasatan yang dijalankan oleh pihak polis terhadap Satees Muniandy?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget