KL CHRONICLE: Husam Musa hanya mahu bertanding di DUN Kelantan, tidak mahu Parlimen

Sunday, January 22, 2017

Husam Musa hanya mahu bertanding di DUN Kelantan, tidak mahu Parlimen


Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan bahawa beliau hanya berminat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dan tidak berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen. Sebelum ini, pada PRU - 13 yang lepas Husam telah bertanding di Parlimen Putrajaya dan tewas teruk kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Saya Salor saja, nak jaga negeri sahaja, biarlah Tun (Mahathir) jaga negara ini,"


Lebih melucukan lagi, Husam Musa telah mengesahkan bahawa beliau hanya mahu jaga negeri Kelantan dan hal ehwal negara biarlah ianya dijaga oleh Dr. Mahathir Mohamad yang kini sudah mencecah usia 90 tahun. Bagi kami di #KLChronicle, Husam Musa ini sebenarnya sudah tidak layak lagi bertanding sebagai pemimpin politik. Beliau telah gagal dan kami rasakan pada PRU -14 akan datang beliau juga akan tewas di Salor. Orang PAS sudah pastinya tidak akan mengundi calon dari PAN. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget