KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD akan tingkatkan operasi penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina

Thursday, January 26, 2017

#DemiRakyat SPAD akan tingkatkan operasi penguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengambil langkah proaktif bagi mempertingkatkan operasi penguatkuasaan ketika Tahun Baru Cina yang akan bermula esok hari. Umum ketahui bahawa apabila cuti Tahun Baru Cina bermula, jumlah pengguna di jalan raya akan meningkat secara mendadak.

Ini kerana orang ramai akan mula bercuti dan pulang ke kampung halaman. Selain itu, pelajar - pelajar dari universiti dan sekolah berasrama juga akan mula menggunakan perkhidmatan awam seperti bas ekspress, keretapi dan sebagainya untuk pulang ke destinasi masing - masing. Akibat peningkatan yang mendadak ini pelbagai masalah boleh timbul sekaligus menyusahkan rakyat/pengguna. 



Antara masalah yang selalu timbul pada musim perayaan adalah kes penipuan tiket bas dan keretapi oleh ulat - ulat tiket yang tidak bertanggungjawab. Kami di #KLChronicle berasa gembira apabila SPAD memberi perhatian yang serius akan perkara ini dan akan melakukan pemantauan di terminal - terminal bas dan keretapi bagi  mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Akhirnya yang senang adalah rakyat. 

Selain itu, tindakan SPAD meningkatkan operasi penyamaran juga sangat dihargai oleh pasukan kami di #KLChronicle. Ini kerana umum ketahui bahawa antara kemalangan yang paling teruk di negara ini adalah yang melibatkan bas ekspress. Oleh yang demikian tindakan SPAD menghantar anggota penyamaran dalam bas ekspress "might just save lives"

Akhir sekali, kami berharap rakyat juga memberi sokongan padu mereka kepada SPAD dalam merealisasikan segala pelan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya ini. Akhirnya segala penguatkuasaan yang dilakukan oleh SPAD  akan memberi impak yang positif kepada industri pengangkutan awam darat negara dan juga meningkatkan keselamatan para penumpang jalan raya. 

===============================



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget