KL CHRONICLE: Yayasan Wilayah Persekutuan & UMNO Bahagian Seputeh beri bantuan persekolahan kepada 900 orang pelajar

Thursday, December 15, 2016

Yayasan Wilayah Persekutuan & UMNO Bahagian Seputeh beri bantuan persekolahan kepada 900 orang pelajar


Pagi tadi telah berlangsung program *Ceria Ke Sekolah* yang dianjurkan oleh *Yayasan Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Seputeh* di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi bantuan persekolahan kepada mereka yang layak bagi sesi pembelajaran Tahun 2017. Program ini telah dihadiri hampir 2,000 orang masyarakat sekitar kawasan Parlimen Seputeh dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal, yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh.




Seramai 800 orang pelajar bertuah yang layak telah diberi bantuan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan YB Senator Datuk Mustapa Kamal juga secara peribadi telah memberikan bantuan persekolahan kepada tambahan 100 orang pelajar yang layak menerima. Anak – anak yang menerima bantuan ini terdiri daripada anak – anak:


1.Masyarakat setempat
2.Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
3.Orang Bisu dan orang Pekak
4.Penjawat Awam dalam Jabatan dan Agensi dalam Parlimen Seputeh seperti DBKL, Polis, dan RELA

Ini membuktikan Yayasan Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian Seputeh dengan ikhlas memberikan bantuan kepada semua orang yang layak tanpa mengira fahaman politik keluarga mereka. Dalam mesej yang disampaikan semasa perasmian program, Datuk Mustapa Kamal telah memberitahu para hadirin bahawa program ini merupakan acara tahunan dan UMNO Bahagian Seputeh tidak pernah gagal memberikan bantuan kepada anak – anak setiap kali sebelum sesi persekolahan bermula.


Selain itu, YB Senator juga menzahirkan harapan beliau supaya UMNO Bahagian Seputeh dapat menganjurkan program kesedaran dadah di kalangan anak muda dimana UMNO Bahagian akan memanggil bekas - bekas penagih dadah untuk berkongsi kesengsaraan yang telah mereka hadapi akibat najis dadah. Ini dapat menjadi satu pengajaran kepada anak muda supaya menjauhi dadah demi masa depan mereka
.
YB Senator Datuk Mustapa Kamal berharap agar program ini akan berterusan iaitu dijadikan program wajib didalam kalendar UMNO Bahagian Seputeh demi kesinambungan khidmat kepada masyarakat didalam Parlimen Seputeh.

*_UMNO Seputeh dan masyarakat berpisah tiada_*

Gambar - gambar program boleh diakses di sini : https://m.facebook.com/story.php…

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget