KL CHRONICLE: SPAD dedah 4 langkah mudah untuk menang Samsung Galaxy J

Tuesday, December 20, 2016

SPAD dedah 4 langkah mudah untuk menang Samsung Galaxy J


Menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia yang suka mengambil "Selfie" dan meng-uploadkan gambar mereka di laman sosial, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah melancarkan peraduan  #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe dimana pengguna pengangkutan awam darat di sekitar negara dapat berkongsi pengalaman mereka dan disamping itu memenangi hadiah - hadiah yang menarik. 


Antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak SPAD dalam pertandingan ini adalah sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy J7 dan selain banyak lagi hadiah - hadiah istimewa. Cara menyertai pertandingan ini adalah sangat mudah iaitu:

Langkah 1: Rakamkan perjalanan anda ke lokasi kegemaran anda menggunakan pengangkutan awam darat.

Langkah 2: Muat naik video atau gambar tersebut ke akaun Instagram anda.

Langkah 3: Ceritakan kisah perjalanan anda dengan #PengangkutanAwamDaratMembawaSayaKe

Langkah 4: Tag seorang rakan anda yang suka berjalan pada gambar yang dimuat naik. Kunjungi profil Fanpage SPAD untuk maklumat lanjut cara-cara penyertaan.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan SPAD menganjurkan pertandingan sebegini adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara ini. Umum ketahui bahawa kerajaan Barisan Nasional mempunyai aspirasi supaya 40% rakyat di negara ini menggunakan perkhidmatan awam supaya jalan - jalan di sekitar ibu kota tidak mengalami kesesakan yang teruk. 

Oleh sebab demikian, kerajaan telah membelanjakan berpuluh billion ringgit dalam program Transformasi Pengangktuan Awam Darat supaya cita - cita ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat. Sebelum kami lupa, jangan lupa juga untuk merasai pengalaman untuk menaiki perkhidmatan MRT yang kini percuma sehingga 16 January 2017. #JomNaikMRT!




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget