KL CHRONICLE: SKANDAL LIM GUAN ENG DAP MENTADBIR PULAU PINANG

Sunday, December 25, 2016

SKANDAL LIM GUAN ENG DAP MENTADBIR PULAU PINANG


_chinapress.com.my_

Akhbar berbahasa Cina CHINA PRESS melaporkan, Lim Guan Eng telah secara rasmi menjawab di DUN Pulau Pinang bahawa, cuma terdapat satu agensi Kerajaan Negeri, iaitu *PDC Pulau Pinang* yang telah menjual tanah kerajaan bernilai *RM1.74 bilion* sejak tahun 2008.




Jumlah ini *tidak termasuk* nilai tanah yang dijual kepada EcoWorld untuk membangunkan sebuah resort golf berharga RM700 juta yang kemudiannya dibatalkan kerana tanah tersebut tidak cukup besar untuk dijadikan padang golf.

Ini juga *tidak termasuk* jualan sebanyak RM160 juta saham dalam projek PDC Pulau Jerejak baru-baru ini.

Ini juga *tidak termasuk* usaha sama (JV) dengan syarikat Temasek Singapura di mana PDC telah _menyerahkan tanah negeri yang bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion_ kepada syarikat usaha sama tersebut.

Dan sudah tentu, ini *tidak termasuk* tanah bernilai RM6.34 bilion untuk membangunkan *projek terowong Pulau Pinang yang meragukan* kerana ia merupakan _transaksi di *luar penyata berimbang* kerajaan negeri_.

Jumlah RM1.74 bilion adalah sangat banyak kerana ia adalah lebih daripada rizab negeri seluruh Pulau Pinang dan kira-kira 5 hingga 6 kali ganda daripada pendapatan biasa operasi (tidak termasuk pendapatan dari hasil penjualan aset) Kerajaan Pulau Pinang, iaitu kira-kira RM300 juta setahun.

*Lebih pelik lagi* kerana Pejabat Ketua Menteri telah *meminjamkam* RM100 juta kepada PDC (yang mana *Ketua Menteri juga merupakan Pengerusinya*) pada tahun ini dan _*akan meminjamkan lagi RM609 juta kepada mereka tahun depan*_.

*Jadi, apa sebenarnya yang telah terjadi kepada RM1.74 bilion ini?*

Kerajaan Pulau Pinang *hanya tahu menjual aset negeri* bagi menampung *peningkatan 6 kali ganda perbelanjaan operasi tahunan* negeri - sudah pasti ini bukan suatu strategi pengurusan kewangan yang pintar atau mapan.

_Sekarang aset negeri sudah hampir habis, jadi apakah yang hendak anda lakukan selepas ini?_

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget