KL CHRONICLE: [Pengumuman] Penyebaran Iklan Jawatan Kosong Palsu SPAD di Media Sosial

Saturday, December 10, 2016

[Pengumuman] Penyebaran Iklan Jawatan Kosong Palsu SPAD di Media Sosial


Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah mendapat satu maklumat bahawa kini terdapat sindiket yang menyebarkan iklan jawatan kosong SPAD di media sosial. Apabila dikaji maklumat tersebut dan di semak kembali dengan laman rasmi Facebook SPAD (https://www.facebook.com/SPAD.my/?fref=ts) rupanya iklan jawatan kosong tersebut adalah palsu. 





Malah, SPAD juga telah mengeluarkan satu kenyataan media bagi memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan iklan jawatan kosong ini. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan mereka yang menyebarkan iklan palsu ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan hanya bersikap zalim terhadap mereka yang telah memohon jawatan kosong ini. 

Pihak SPAD juga telah mengambil langkah proaktif dengan memberi nasihat supaya orang ramai sentiasa mengesahkan sebarang maklumat berkaitan SPAD melalui saluran-saluran rasmi Suruhanjaya seperti laman sesawang www.spad.gov.my atau Facebook: www.facebook.com/SPAD.my/ atau Twitter: @SPADchannel /@aduanSPAD atau melalui menghubungi talian hotline kami di 1-800-88-7723 (SPAD).

Bagi mereka yang telah terpedaya dengan iklan palsu ini, kami menyeru mereka agar membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu ini ditangkap oleh pihak polis. Sudah banyak kes - kes penipuan seperti ini berlaku dan kita sebagai rakyat Malaysia harus berwaspada akan perkara ini. 

KENYATAAN MEDIA SPAD ADALAH SEPERTI BERIKUT:


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget